Umum ramai mengetahui sungai merupakan salah satu sumber rezeki di Malaysia ini. Ia memberikan sumber air bersih dan protein melalui pelbagai jenis ikan yang hidup di dalamnya.

Baru-baru ini tular satu klip video menunjukkan sekumpulan geng 4×4 menunjukkan hasil mereka menangkap ikan didakwa menggunakan bom.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video dikongsikan Facebook Muhamamd Azri, perakam video menunjukkan sekumpulan lelaki bercakap menggunakan loghat Kelantan mengelilingi puluhan ikan mati pelbagai saiz yang di susun di atas kanvas.

Hantaran video itu telah mendapat lebih 2,800 kali perkongsian pengguna Facebook dan lebih 3,300 komen daripada netizen.

Ramai mengecam tindakan kumpulan itu kerana menjejaskan punca rezeki masyarat orang Asli yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Menurut salah seorang netizen, beliau mendakwa kawasan itu sememangnya ‘lubuk syurga ikan’. Orang kampung setempat hanya pergi ke situ tangkap untuk makan sahaja atau untuk dijadikan sumber pendapatan orang kampung.

Sumber Gambar: Facebook Muhammad Azri
Sumber Gambar: Facebook Muhammad Azri

Dalam pada itu orang ramai menyatakan gara-gara tindakan mereka, telah menyebabkan nama geng 4×4 yang lain terpalit sama.

Warganet berharap pihak berkuasa dapat mengenakan tindakan tegas terhadap kumpulan 4×4 itu, memandangkan video yang tular cukup kuat dijadikan bukti kesalahan yang dilakukan mereka.