Pada hari semalam tular satu klip pendek menunjukkan sekumpulang geng 4×4 bergambar dengan sejumlah ikan mati dipercayai dibom disusun di atas kanvas.

Sehubungan itu, salah seorang wakil kelab 4×4 tampil memberikan penjelasan kepada Facebook Jejak Air Tawar menafikan ahli kumpulan tersebut terlibat dengan insiden terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi penjelasan diberikan melalui mesej WhatsApp, wakil geng 4×4 itu mendakwa mereka melihat satu kumpulan motosikal sedang buang perut ikan tepi sungai. Mereka cuma pergi bergambar dengan ikan-ikan seperti dalam video yang tular.

Sumber Gambar: Facebook Jejak Air Tawar

Menurutnya lagi, terdapat tujuh kumpulan berada di kawasan itu semasa kejadian; 4 kumpulan 4×4 dan 3 kumpulan motosikal.

“Hari kejadian kami sampai campsite lebih kurang pukul 4 petang. Sampai sahaja, tak sempat setup camp lagi kami nampak geng motor tengah buang perut ikan tepi sungai.

“Kami excited, apa lagi kami pergi bergambar konon-konon kami yang dapat ikan itu (itu memang silap kami).

“Kami tak tahu pun ikan-ikan itu kena bom atau apa. Masalah orang yang first viral itu kami sudah telefon jelaskan. Tapi dia tidak mahu dengar.

“Terus dia viral, tidak boleh buat apa dah. Cuma kami report sebab kaitkan semua ahli kelab,” jelas wakil geng 4×4 tersebut.

Bagaimanapun Facebook Jejak Air Tawar mengatakan penjelasan diberikan itu tidak selari dengan apa yang orang kampung ceritakan mengenai perkara terbabit.

“Bagaimana kumpulan motosikal boleh membawa tong ikan dengan motosikal? Jika baru sampai campsite, mengapa ada sebahagian ahli sudah membuka baju dan memegang pinggan?

“Milik siapa sauk dan senjata berdekatan dengan ikan-ikan mati? Bagaimana tali untuk menggantung pakaian siap dipasang dalam masa singkat?”

“Paling penting, tidak nampak pula kelibat geng motosikal seperti didakwanya? Dan mengapa sampai campsite pukul 4 petang, tetapi suasana video seperti waktu senja?” tanya beliau.

Tambahnya lagi, menerusi rakaman CCTV yang dipasang pada sebatang pokok di laluan masuk ke Sungai Singor, Gerik mendapati tiada sebarang kumpulan motosikal memasuki kawasan itu.

Sebaliknya, hanya kereta-kereta 4×4 milik ahli kumpulan itu sahaja yang kelihatan masuk dan keluar dari kawasan sungai tersebut.

Difahamkan orang-orang kampung setempat menjumpai bangkai-bangkai ikan yang mati dibom hanyut di bawa arus sungai.

Kebanyakkan bangkai ikan yang ditemui adalah Ikan Kelah, salah seekor haiwan yang diancam kepupusan. Selain ia dicari untuk dijadikan makanan, ikan kelah juga menjadi rebutan oleh pengumpul ikan hiasan.

Dalam pada itu warganet meminta pihak berkuasa campur tangan dan memberikan hukuman keras kepada para pelaku kerana telah menjejaskan ekosistem sungai tempatan.