Sejak dari azali lagi kita ajar untuk berbudi bahasa dengan orang ramai. Bercakap kasar atau tidak sopan secara tidak langsung bakal mengundang rasa tidak selesa kepada orang ramai khususnya orang awam.

Situasi ini sekali lagi terjadi apabila seorang wanita tua yang memandu kancil didakwa telah memaki dan menghina seorang wanita yang merupakan rider Grab.

Menerusi perkongsian TikTok @apvle_ kisahnya bermula apabila rider Grab ini parkir buat sementara itu diantara ruang parkir kereta untuk mengisi perut yang lapar. Beliau seterusnya dikatakan telah dimaki oleh seorang pemandu Perodua Kancil gara-gara mengganggu ruang parkir.

Rider wanita tersebut berpendapat beliau yang parkir motosikal pada ruang parkir kereta sememangnya tidak mengganggu laluan kereta Perodua Kancil yang sudah parkir di tempat tersebut sebelum beliau tiba lagi.

Walau bagaimanapun, wanita yang menggunakan Perodua Kancil ini bertindak agresif dengan bukan sahaja memaki dan menghina membabitkan isu keluarga serta taraf pendidikan, malah turut bertindak untuk mencekik rider ini. 

https://www.tiktok.com/@apvle_/video/7234871076767960321

Isu yang berlaku turut meraih perhatian ramai di mana rider wanita ini turut membuat video penjelasan khas melibatkan tiga bahagian berbeza mengenai situasi yang berlaku.

https://www.tiktok.com/@apvle_/video/7235146936888642817

Di sebalik perkongsian dan pencerahan yang dibuat, para netizen turut berbelah bahagi mengenai tindakan pemandu Perodua Kancil yang bertindak agresif ini dengan rider Grab ini.

https://www.tiktok.com/@apvle_/video/7235161955768470785

Menurut para netizen, rider Grab ini juga turut salah kerana memilih untuk parkir motosikal pada ruang parkir kereta. Malah, rider Grab ini menerusi sebuah video yang lain turut menunjukkan tempat beliau parkir motosikal beliau secara jelas. Berikut merupakan antara respon netizen terhadap isu yang berlaku.

Sumber: Tiktok @apvle_
Sumber: Tiktok @apvle_
Sumber: Tiktok @apvle_

Sehubungan dengan itu, adalah lebih baik sekiranya para rider yang menunggang motosikal tidak parkir pada ruang kereta bagi mengelakkan sebarang konflik yang tidak diingini.

Selain itu, memilih untuk menyelesaikan sesebuah isu dengan cara yang lebih baik mungkin pilihan yang lebih ideal berbanding memilih untuk menghina dan mencederakan seseorang individu.