Sejak beberapa minggu ini, kecoh di media sosial mengenai seorang lelaki yang bekerja sebagai rider di Singapura mampu meraih gaji yang lumayan sementara mendapatkan kualiti kehidupan yang bagus di Malaysia.

Apa yang mengejutkan ramai lagi apabila banyak media massa tempatan mendakwa lelaki ini malahan berjaya membeli sebuah rumah agam dengan harga RM1.4 juta.

Bagaimanapun, tuan empunya badan sudah membangkitkan isu kesahihan berita mengenainya yang sedang tular di negara Malaysia.

Menurutnya, dia mendedahkan bahawa majoriti berita yang diterbitkan oleh pengamal berita Malaysia mempunyai fakta yang tidak sahih sekaligus menimbulkan kekeliruan buat orang ramai.

Lelaki bernama Afiq Zayany yang juga giat aktif dalam dunia konten mendapati sejumlah media Malaysia tidak cuba menghubunginya dalam mendapatkan liputan sebenar dan lebih teruk lagi hanyalah menyalin dan mengolah semula struktur ayat tanpa melakukan semakan fakta terlebih dahulu.

“Nampaknya anda (media) seperti salin dan tampal dengan antara satu sama lain. Sebab anda semua menyatakan perkara yang sama,” tegasnya.

Dia juga percaya kalau sekadar menyalin semula artikel bahasa Inggeris yang ditemui kemudian  menterjemah secara melulu tanpa pemahaman yang betul, adakalanya perkataan yang diterjemah boleh mengubah konteks ayat sebenar.

Tambahnya apatah lagi tiada media tempatan menunjukkan usaha yang  jelas dalam mencari kebenaran fakta seperti menonton video yang dimuat naik di saluran YouTube peribadinya sebelum membuat liputan penulisan.

Ini bukanlah satu praktis kewartawanan yang profesional lebih-lebih lagi untuk syarikat gergasi media tempatan dakwanya lagi.

rider
Sumber Gambar: TikTok @ringgitdollars

Berbeza di Singapura, pengamal media sedia menghubungi Encik Afiq dalam mendapatkan kesahihan serta maklumat yang lebih terperinci sebelum diterbitkan di laman web masing-masing.

Tegasnya sekali lagi dalam mengelakkan maklumat salah terus berlegar di dalam pembaca, dia berkata “Saya tidak pernah sekalipun mengatakan saya membeli rumah ini. Saya kata saya tinggal di tempat ini dan di dalam video saya ada menyebut kepada anda semua yang saya hanya menyewa ia dengan jumlah RM1,800”.

Dalam pada itu, dia juga seperti bersetuju dengan kenyataan DMA Islam yang sebelum ini mempersoalkan kredibiliti kos Masscom yang ditawarkan di dalam Institut Pengajian Tinggi di Malaysia ini.

Timbul sedikit rasa ketidak puasan hati buatnya kerana tajuk berita mendakwa dia membeli rumah yang mana boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembaca atau penonton kerana mendapati lain pula yang dinyatakan di dalam kandungan videonya.

Dia sangat menekan aspek ketelusan di dalam penyampaian maklumat tentang segala perkara berkaitan karier, pendapatan dan seumpamanya.

Memandangkan sebahagian syarikat media ini mempunyai lebih sejuta pengikut di media sosial, dia risau akan penyebaran informasi yang salah kepada orang ramai.

@ringgitanddollars

@dma_islamm has a point. Masscom Malaysia, is this right? You guys are Patchwriting ( Rewriting someone else’s work with minor changes). You copied Singapore article, google translate then post? Nobody bothered to check before posting? Nobody bothered to check the source? NOBODY from Malaysia side emailed me or even bothered to watch my videos before writing an article? Paid so much for Masscom degree but Copy, translate, post? And copy from each other? TAG Abang DMA please in the comment.

♬ original sound – YOUTUBE: Ringgit & Dollars – YOUTUBE: Ringgit & Dollars

Jadi, dia memberi memberi peringatan kepada pengamal media di Malaysia untuk lebih berhati-hati dalam penulisan dan tidak sebarangan mengambil sebarang berita dan diterjemah tanpa pemahaman yang betul konteks yang disampaikan itu.