Sebut mengenai kafe OLDTOWN White Coffee pasti ramai yang mengetahuinya. Berjaya berada di pasaran lebih dua dekad menyajikan pelbagai hidangan serta kopi membuatkan jenama ini kekal ikonik.

Di sebalik jenamanya yang kuat, OLDTOWN White Coffee nampaknya masih lagi tidak terlepas daripada masalah melibatkan servis. Hal ini turut dikongsikan menerusi perkongsian Facebook Ernie Chen berikutan pesanan yang diterima.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Difahamkan Ernie Chen yang berada di OLDTOWN White Coffee telah memesan Butter & Kaya Toast. Walau bagaimanapun, beliau sememangnya kecewa apabila mendapati sekadar secalit mentega disediakan pada roti hidangan beliau.

Hal ini sekaligus membuatkan beliau memilih untuk membuat teguran secara terbuka kepada pihak OLDTOWN White Coffeedi mana beliau telah menerima sokongan daripada netizen serta lebih 4,700 shares di Facebook.

Keluhan yang dibuat turut mendapat perhatian pihak OLDTOWN White Coffee di mana beliau tampil mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan mereka telah mengambil langkah sewajarnya dalam menangani isu tersebut.

Sementara itu, ramai yang mengharapkan rangkaian kafe ini segera mengambil tindakan dan berubah kerana didakwa kualiti makanan yang ditawarkan semakin jatuh sejak akhir-akhir ini.