Microsoft hari ini mengorak langkah dengan memperkenalkan kemaskini pada carian Bing mereka dengan mengintegrasikan kecersasan buatan yang dikuasakan teknologi OpenAi terkini.
Difahamkan teknologi Open Ai jauh lebih baik berbanding ChatGPT sedia ada. Microsoft dilihat menggunakan sokongan ChatGPT dan GPT-3.5 untuk menguasakan enjin carian Bing tersebut. Hal ini sekaligus menjadikan carian di Bing lebih pantas dan tepat.
Baca Juga:
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
Malah pengalaman pada Bing dilihat lenih baik memandangkan ChatGPT hanya terhad kepada data sehingga tahun 2021 sahaja. Sementara pada Bing, ia boleh menawarkan informasi yang lebih terkini.
Dengan langkah ini, ia sekaligus membenarkan enjin carian Bing memaparkan hasil carian dan jawapan yang lebih bagus kepada pengguna selepas ini. Pengguna juga boleh bertanyakan sejumlah persoalan dan menerima jawapan yang besesuaian menerusinya.
Menariknya, Bing juga bakal memaparkan pautan sumber pada penghujung sesuatu info atau perkongsian untuk membolehkan pengguna mencari maklumat lanjut. Buat masa ini, Bing generasi baharu hanya ditawarkan untuk pengguna terpilih dan tersedia pada versi dekstop sahaja.
Bersama pengenalan pada Bing, Microsoft juga turut memperkenalkan integrasi kecerdasan buatan OpenAi ini pada pelayar web Microsoft Edge. Terdapat ruangan tambahan pada bahagian tepi untuk memudahkan multi-tugasan secara serentak.
Sejak kemunculan ChatGPT, ciri kecerdasan buatan menjadi fokus utama bagi syarikat teknologi gergasi. Dijangkakan lebih banyak integrasi bakal diperkenalkan untuk memudahkan urusan pengguna pada masa kelak.