OpenAI selaku pembangun disebalik model bahasa yang digunakan pada kecerdasan buatan iaitu ChatGPT kini mengumumkan kehadiran dengan versi GPT-4 secara rasminya. Menerusi pengumuman ini, terdapat beberapa penambahbaikan namun belum tersedia untuk pengguna awam lagi.

GPT-4 membawakan kebolehan menyelesaikan pelbagai masalah dan persoalan dengan kadar ketepatan yang lebih tinggi. Di samping itu, GPT-4 juga boleh membantu dalam tugasan kreatif seperti mencipta lagu, menulis skrip malah turut mempelajari corak penulisan seseorang.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Xataka

OpenAI menyatakan ia kini menghasilkan jawapan lebih “selamat” dan berguna kepada pengguna. Dengan kemas kini ini juga, GPT-4 menawarkan kebolehan output sehingga 25,000 patah perkataan berbanding sebelum ini yang hanya terhad kepada 3,000 sahaja.

Menariknya, kini GPT-4 menawarkan sokongan input secara visual serta menawarkan analisa untuk sesuatu gambar atau visual yang disertakan. Mudah kata, GPT-4 tampil lebih pintar daripada versi kita gunakan di mana mampu menyelesaikan masalah dengan berkongsi penyelesaian yang lebih tepat kerana mempunyai pengetahuan yang lebih luas.

OpenAI menyatakan kini GPT-4 telah diintergrasi kepada beberapa perkhidmatan termasuk Duolingo, Stripes, Morgan Stanley dan Khan Academy. Pengguna berbayar sudah boleh mengakses ChatGPT versi baharu ini dan masih belum diketahui bila pula penawaran secara meluas untuk pengguna biasa.

Sumber