Baru-baru ini tular berita mengenai syarikat minyak terkemuka Shell mahu menjual seluruh operasinya di Malaysia kepada syarikat Arab Saudi, Aramco.

Pada Isnin, portal antarabangsa Reuters melaporkan, empat sumber industri yang mengetahui perbincangan itu berkata bahawa perbincangan itu bermula pada akhir 2023 dan nilai perjanjian itu boleh mencecah sehingga $1 bilion (RM4.74 bilion).

Bagaimanapun dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam, Shell didapati masih komited meneruskan operasinya di Malaysia.

Sumber Gambar: Shell

“Malaysia penting kepada Shell. Kami kekal komited terhadap perniagaan mobiliti di negara ini,” kata Shell ringkas dalam kenyataan tersebut.

Shell yang berpangkalan di London memiliki rangkaian stesen minyak kedua terbesar di negara ini dengan memiliki kira-kira 950 stesen minyak di seluruh negara Asia Tenggara.

Sumber