Pada saban hari kita melihat kehadiran sejumlah aplikasi yang mampu memudahkan urusan seharian kita. Kini giliran Shell pula secara rasminya melancarkan aplikasi mereka iaitu Shell Asia.

Dengan aplikasi ini, anda boleh membuat pembayaran minyak tanpa perlu berurusan di kaunter di samping mempunyai integrasi mata ganjaran Bonus Link.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Mekanika

Pengguna hanya perlu memasukkan nombor pam minyak, dan memilih amaun yang diinginkan. Pengguna juga boleh memilih baucar yang ingin digunakan untuk setiap transaksi, dan melakukan pembayaran menerusi kad debit atau kad kredit.

Selain daripada pengisian minyak, pengguna juga boleh menebus mata ganjaran Bonuslink untuk pembelian barangan dari kedai Shell Select.

Malah, aplikasi ini turut membantu pengguna dalam mencari stesen Shell dengan kemudahan tertentu seperti tempat pengecasan EV, surau, stesen yang lengkap dengan pembayaran RFID dan banyak lagi.

Buat masa ini sekitar 650 stesen yang boleh menerima pembayaran menerusi aplikasi Shell Asia. Shell turut menyasarkan yang aplikasi ini boleh digunakan di semua cawangan menjelang akhir tahun ini.

Buat anda yang berminat untuk mencubanya, bolehlah muat turun aplikasi Shell Asia menerusi Google Play Store untuk Android dan App Store untuk  iOS.

Sumber