Tahukah anda ada wujudnya aplikasi Shell? Ia dibuat untuk memudahkan pengisian minyak, dengan setiap pembayaran boleh dibuat dengan hanya berada di dalam kereta untuk jimatkan masa anda.

Selain itu, aplikasi ini bukan sahaja untuk pembayaran minyak, tetapi ia mempunyai pelbagai kemudahan lain. Senang cerita, satu aplikasi untuk semua perkhidmatan.

Antara perkara utama yang diperkenalkan oleh Shells adalah pengguna boleh track perbelanjaan dan buat pembayaran untuk bahan api terus dari aplikasi.

Benda ini mungkin nampak biasa, tetapi untuk ibu bapa yang ada anak dalam kereta, sistem ini sangat-sangat membantu. Tak payah susah-susah nak keluar kereta, hanya buka aplikasi dan isi minyak.

Isi minyak dan nikmati mata ganjaran

Shell dan BonusLink sudah lama menjalinkan kerjasama dalam memastikan kesejahteraan pengguna.

Kalau dahulu, kita perlu isi borang untuk menjadi ahli BonusLink. Tetapi kini, dengan aplikasi Shell mana-mana pengguna yang memuat naik dan mendaftar dengan aplikasi Shell akan secara automatik menjadi ahli BonusLink.

Anda kini boleh kumpul Mata BonusLink dengan lebih mudah untuk setiap transaksi di Shell.​ Setiap kali pembayaran minyak dibuat, Mata BonusLink akan masuk secara automatik ke dalam akaun anda.​
Untuk pembelian di Shell Select pula, anda hanya perlu menunjukkan kod QR di kaunter semasa pembayaran untuk mengutip Mata BonusLink anda. Mudahkan?

Selain tawaran diskaun, promosi dan banyak lagi,​ pengguna juga boleh menyusun pelbagai baucar tunai untuk ditebus secara serentak dalam masa terhad.

Hal ehwal tebus-menebus ini pun mudah, tak perlu bawa kad fizikal BonusLink. Hanya perlu tebus ganjaran dengan buka aplikasi Shell.

Caranya mudah sahaja, pilih ganjaran apa yang anda mahukan dan tunjuk kod QR di kaunter.

Jadi, tunggu apa lagi. Mudahkan hidup anda dengan aplikasi yang mudah ini. Cepat muat turun aplikasi Shell di dalam telefon bimbit anda. Untuk maklumat lanjut, tekan di sini.