Hadir sudah beberapa lama di pasaran, pasti jenama Mie Sedaap yang berjaya menjadi antara pilihan mi segera buat para pengguna di Malaysia. Jenama ini walau bagaimanapun telah mendapat dunia apabila Agensi Makanan Singapura (SFA) dilaporkan menarik balik penjualan produk Mie Sedaap.

Menerusi perkongsian Business Today, produk Mie Sedaap yang ditarik terdiri daripada Mie Sedaap Sup Pedas Korea dan Mie Sedaap Ayam Pedas Korea berikutan penemuan bahan racun perosak iaitu etilena oksida.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sementara itu buat pasaran Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mi segera Sup Pedas Korea dan Ayam Pedas Korea jenama Mie Sedaap keluaran Indonesia yang dilaporkan mengandungi kehadiran etilena oksida iaitu bahan racun perosak tidak dijual di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dapatan melalui semakan ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) mendapati mi segera itu ada dijual di negara ini namun tidak membabitkan tarikh luput yang ditarik balik Agensi Makanan Singapura (SFA).

“KKM mengambil maklum laporan media mengenai kehadiran etilena oksida yang dikesan dalam beberapa perisa produk Mie Sedaap keluaran Indonesia.

“Produk berkenaan adalah mi segera Ayam Pedas Mie Sedaap Kore dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mie Sedaap Sup Pedas Korea dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

Sumber: eatbook

Difahamkan etilena oksida merupakan sejenis racun perosak yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Ia adalah sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan untuk membasmi makhluk perosak seperti serangga.