Seperti ramai sedia maklum, penyanyi popular dunia, Billie Eilish telah hadir ke Malaysia dan Singapura pada minggu lalu khusus untuk menghiburkan peminat beliau menerusi konsert yang dijalankan.

Konsert yang telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen ini turut menjemput segelintir individu yang memilih untuk membuat keuntungan hasil daripada ‘barangan’ Billie Eilish. Botol air serta handsock yang dipakai Billie Eilish antara yang berjaya ditawarkan di laman Carousell dengan harga mencecah RM4,800.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Carousell

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan peminat di Singapura yang tampil dengan idea yang lebih ekstrim dengan menjual udara suasana konsert Billie Eilish dengan harga yang tidak masuk akal iaitu RM48,103.

Iklan yang dibuat masih dapat dipastikan sama ada sekadar bahan jenaka atau memerli golongan yang menjual barangan terpakai Billie Eilish atau sememangnya mahu membuat bisnes kepada para peminat penyanyi berkenaan.

Botol air yang didakwa mengandungi kentut Billie Eilish. Sumber: Carousell

Lebih mengejutkan, terdapat penonton konsert Billie Eilish di Singapura yang mendakwa berjaya mendapatkan kentut Billie Eilish serta sedia menjualnya pada laman Carousell dengan harga S$25 (~RM80.17).

Berdasarkan carian di Carousell, kedua-dua barangan ini sudah tidak lagi ditawarkan pada laman berkenaan. Masih belum dipastikan sama ada penjualan kedua barangan ini telah diturunkan atau sudah mempunyai pembeli.

Ketahui lebih lanjut mengenai penjualan handsock yang dipakai Billie Eilish pada konsert di Malaysia dengan klik pautan di bawah.

‘Claim’ Milik Billie Eilish, Peminat Jual Handsock Pada Harga RM4,800 Curi Tumpuan Netizen

Pentas Kecil Dan Terlalu Jauh, Penonton Luah Rasa Kecewa Dengan Penganjur Konsert Billie Eilish

Sumber