Jika sebelum ini tular sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang diarahkan tutup kerana didapati kotor dan menjijikkan, kini giliran restoran nasi kandar Anuar Kari Kepala Ikan di Bangsar pula menerima nasib yang sama.

Restoran yang menjadi tumpuan ramai di Pusat Penjaja Jalan Lucky, Bangsar itu menerima arahan untuk ditutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak semalam seperti dilaporkan Astro Awani.

Notis perintah tutup itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati restoran nasi kandar yang menjadi tumpuan warga kota itu berada dalam keadaan kotor dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan pengunjung.

Bagaimanapun, laporan tersebut tidak menyebut sebarang penemuan yang menjijikkan seperti yang dipercayai berlaku dalam kes nasi kandar beratur di Pulau Pinang tahun lalu.

Kepada anda yang menjadikan restoran bawah pokok ini sebagai salah satu port lunch anda dan rakan-rakan, jangan khuatir kerana ia hanya ditutup selama 14 hari sahaja  bermula semalam sehingga 24 Februari ini.

Mungkin jika pihak restoran bawah pokok ini menggunakan tempoh masa dua minggu yang diberikan ini untuk membersihkan premis mereka dan mengikuti piawaian yang ditetapkan, anda boleh kembali berkunjung ke sana.

Sebelum ini, salah sebuah kedai nasi kandar di Pulau Pinang juga diarahkan tutup selepas pemeriksaan dikatakan menjumpai najis lipas dan air kencing tikus di bahagian dapur mereka. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Nasi Kandar Beratur Diarah Tutup Selepas Jabatan Kesihatan Jumpa Najis Lipas Dan Air Kencing Tikus?

Tonton Pekerja Restoran Raj’s Banana Leaf, Bangsar Basuh Talam Dengan Air Kotor

Netizen Terkejut Lihat Keadaan Dapur Restoran Makanan Thai Yang Sangat Kotor Di Melaka

Sumber