Semalam, kecoh di media sosial apabila tular sebuah video mempamerkan seorang pekerja di sebuah restoran nasi kandar hanya memakai seluar dalam ketika berada di dalam premis.

Menerusi video itu, staf lelaki terbabit dilihat duduk di bahagian belakang dapur dan dipercayai sedang melakukan kerja di dapur restoran nasi kandar tersebut. Difahamkan premis itu adalah antara restoran nasi kandar popular di Alor Setar, Kedah.

Baca Juga:

Selepas menyedari dirinya telah dirakam dalam keadaan sebegitu, lantas pekerja berkenaan cuba menyorok di tepi pintu dapur.

Sementara di ruangan komentar pula, ramai warganet meluahkan bahawa rasa loya tekak dan marah kerana peniaga tidak mengambil berat tentang kebersihan dan beradab semasa penyediaan makanan.

Sumber Gambar: TikTok @malaysiatribune

Dalam masa yang sama, ramai yang meminta pihak berkuasa memeriksa premis tersebut serta mengambil tindakan kepada pemilik restoran kerana membiarkan pekerja berpakaian sedemikian ketika berada di tempat kerja.

Sumber