Nasi kandar merupakan salah satu hidangan utara Malaysia yang popular dan jika ke Pulau Pinang, pasti ramai akan beratur panjang untuk menikmati hidangan itu di beberapa restoran terkenal di sana.
Terbaharu, sebuah video yang memaparkan pengguna TikTok dari Indonesia yang gembira apabila restoran nasi kandar telah dibuka di Jakarta, Indonesia.

Baca Juga:
- Nasi Kandar Pekan Lama: Kedai Wajib ‘Try’ Sekiranya Anda Ke Ipoh
- Dari Kedah Ke Kuala Lumpur, Nasi Kandar D’ Home Cooked Memang ‘Surr’
- Ibarat Aquaman Panggil Ikan, Netizen Seronok Lihat ‘Joki’ Nasi Kandar Kongsi Rezeki Dengan Merpati
@nyamwithinop Akhirnyaaa bisa makan nasi kandar di Jakarta.. ternyata kuah nya makin banjir tu makin enak #kulinerjakarta #nasikandar #nasikandarjakarta #kedainasikandar #kulinerblokm
Menerusi video yang dikongsikan itu, pengguna TikTok terbabit seronok apabila tidak perlu lagi ke Malaysia untuk menikmati nasi kandar dan turut berkongsi apa yang menarik untuk di cuba di restoran terbabit.
Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan menjadi bualan selepas dikongsikan di platform lain. Menjengah ke ruangan komen, ada netizen berseloroh bahawa orang Indonesia cari makanan Malaysia manakala orang Malaysia cari makanan Indonesia.
Tengok kuah pun tahu ceroiiii. Takkkk surrrr macam sini punyaaa. https://t.co/taKSTa15oV
— Lee Chan (@Leechansew14) February 26, 2024
Walau bagaimanapun, ada juga netizen mengatakan kuah kari yang ditunjukkan dalam video tidak pekat seperti di Malaysia.