Sebut mengenai Nasi Kandar Sulaiman pasti peminat nasi kandar cukup kenal dengan restoran ini. Berjaya menjadi fenomena membuatkan para peminat sanggup beratur panjang dan lama untuk menjamahnya.
Restoran yang turut aktif di media sosial ini turut menunjukkan rekod pembelian terbesar nasi kandar untuk seorang makan.
Jika pada bulan lalu, seorang individu telah memecah rekod dengan menjamah nasi kandar mencecah RM218, pada hari ini rekod ini sekali lagi dipecahkan dengan pembelian nasi kandar mencecah RM222.
Individu yang merupakan seorang TikTokers ini memilih untuk menjamah hidangan ini di restoran berkenaan sebagai bukti beliau dapat menghabiskannya.
Sebagai rekod, ini jenis dan jumlah lauk yang dijamah beliau beserta harga yang dikongsikan restoran ini.
Sotong: RM7.50 x 16
Udang: RM7.50 x 10
Ayam: RM5.50 x 2
Telur sotong: RM7.00
Bendi: RM1.00
Nasi: RM1.50
Kambing: RM7.00
Meskipun dilihat agak mustahil untuk dihabiskan, lelaki ini berjaya menghabiskannya dalam tempoh 55 minit sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberi respon yang positif buat individu ini yang juga merupakan pengusaha TheFat.Burger di Pulau Pinang.
Tidak mustahil restoran ini bakal menerima pencabar baharu kelak dalam usaha untuk menjamah hidangan yang lebih tinggi daripada rekod terkini iaitu RM222.