Nak jadi influencer memang tidak salah, yang menjadi isu apabila adan yang merasa diri mereka layak untuk mendapatkan layanan terbaik serta makanan secara percuma dari sesebuah bisnes.
Baru-baru ini, pemilik restoran nasi kandar terkenal yang menceritakan satu kejadian bagaimana seorang influencer yang datang ke tempatnya cuba mendapatkan makan secara percuma.
Difahamkan dia datang bersama keluarga dan berulang kali menekan yang dirinya seorang influencer yang memiliki jumlah pengikut yang ramai.
Dengan harapan, tuan restoran akan mempertimbangkan memberi makan secara percuma dan sebagai balasan akan diberikan video ulasan berkenaan restoran itu.
“Ada seorang pelanggan ini datang bersama keluarga. Sebelum makan beliau datang kepada saya kata “saya influencer”. Saya pun kata ok. Lalu beliau pun tunjuk tiktok acc beliau di mana beliau mempunyai follower dalam 40K. Lepas itu beliau kata tak perlu bayar kan. Beliau kata akan ambil video NKS.”
Ini respon tuan restoran lagi “Jadi influencer bukan bermaksud tak perlu bayar. Kalau 10 orang buat macam beliau habislah mamu akan bankrap terus.”
Tambahnya lagi, individu terbabit masih mengucapkan dia seorang influencer kerana mahu mendapatkan makanan secara percuma sewaktu di kaunter tetapi pemilik tetap berkeras meminta bayaran yang berjumlah RM54 itu.

Menjengah ke ruangan komentar, ramai bersetuju dengan tindakan ‘mamu’ yang tidak termakan rayuan seseorang influencer yang kadang-kala cuba mengambil kesempatan dengan populariti yang tidak seberapa itu.
Selain itu, netizen juga mempersoalkan kredibiliti seseorang influencer yang mahu makan percuma walaupun tidak diundang sama sekali tuan restoran untuk membuat video ulasan.