Bekas pemain skuad kebangsaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah bagi kawasan Gurun, Baddrol Bakhtiar mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap satu akaun media sosial yang dipercayai memfitnah dirinya.

Ketika Malaysia tewas kepada Jordan dengan keputusan 4-0 dalam aksi pembukaan kumpulan E temasya Piala Asia 2023, sebuah akaun di laman X iaitu Harakakdaily telah memuat naik status dengan memetik nama Baddrol.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Baddrol ada taktikal rahsia untuk Harimau Malaya menang Piala Asia. Kalau nak tahu, kena menang dulu,” dipetik dari kenyataan Harakakdaily.

“Baddrol kecewa dengan persembahan Harimau Malaya pada pagi Selasa. ‘Kalau yang main semua Melayu Islam, boleh menang’, ujarnya,” kata satu lagi status yang dikeluarkan oleh akaun tersebut.

Baddrol kemudiannya mengeluarkan kenyataan mengenai fitnah tersebut dengan mengatakan beliau mahu laman tersebut memadam siaran terbabit atau berdepan potensi tindakan undang-undang.

“Fitnah! Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan seperti mana didakwa dan ditularkan oleh dalam laman HarakatDaily.

“Sila padam siaran tersebut segera!! Jika tidak, tindakan undang-undang akan menyusul atas fitnah ini,” kata Baddrol Bakhtiar dalam kenyataan di laman media sosialnya.

Sepanjang beraksi bersama skuad kebangsaan, Baddrol pernah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA edisi 2009 dan 2011 selain menjadi sebahagian dari pasukan negara yang muncul sebagai naib juara Piala AFF Mitsubishi Electric edisi 2014.