Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang individu mendakwa jenama kicap terkemuka Habhal’s yang merupakan pengeluar Kicap Cap Kipas Udang memproses produknya di kilang yang kotor.
Menerusi hantaran tersebut, individu itu memuat naik satu tangkap layar berita berkenaan kilang kicap yang terdedah dengan kotoran najis tikus tetapi tidak memetik jenama. Akan tetapi, di ruangan komen, individu itu mengatakan kilang tersebut adalah Habhal’s.
Baca Juga:
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
Hal itu telah meraih perhatian pihak Habhal’s di bawah Zara Food Industries Sdn. Bhd. terkesan dengan tuduhan yang dilemparkan dan pihak mereka mengeluarkan satu kenyataan rasmi agar isu itu tidak menimbulkan keraguan pengguna.
@capkipasudangofficial 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 PENULARAN VIDEO MELIBATKAN HABHAL’S CAP KIPAS UDANG DI SOSIAL MEDIA. habhalscapkipasudang capkipasudang habhals fyp #fypシ゚viral #trendingvideo #viraltiktok #viral #fypシ
“Pihak syarikat memandang serius perkara ini dan telah membuat laporan Polis dan akan mengambil tindakan ke atas pemilik akaun tersebut.” tulis pihak Habhal’s.
Malah, tuduhan individu itu juga tidak berasas kerana kilang mereka terletak di Johor manakala kilang kicap diserbu itu terletak di Pulau Pinang.
Bukan itu sahaja, video pemprosesan kicap juga dikongsikan oleh pihak Habhal’s dimana dapat dilihat setiap botol telah dicuci dan prosesnya pun sangat teliti serta bersih.