Sebelum ini, bapa kepada YouTuber terkenal Asif Suhaimi mendakwa kakak kepada Asif telah mengambil duit bayaran kerja Asif ketika terlibat dalam projek filem Syahmi Sazli.

Oleh itu, Siti Nur Atina iaitu kakak Asif telah mendedahkan perkara sebenar di Facebook miliknya selepas tidak tahan difitnah oleh bapanya sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi pendedahannya, dia mendedahkan sikap bapa kandungnya yang suka memfitnah dan menggunakan duit yang diterima adiknya itu untuk membeli dadah dan berjudi

“Syahmi ada buat bayaran RM 7,000 dan kak tina bank in duit hanya RM 4k dekat abah dan baki RM3k lagi untuk simpanan Asif. Kenapa tak bagi je abah 100%? why? kalau tanya jiran sekeliling, anak beranak, sepupu sepapat, semua tahu abah ni macam mana. Syahmi & Nissa pun ada nasihat suruh simpan juga saving untuk Asif.” kata Atina.

Atina memberitahu bahawa wang lebihan yang berjumlah RM3,000 itu telah dikirimkan kepada sepupu rapat Asif untuk untuk membeli barang keperluan Asif termasuk makan minumnya.

Tambahnya, perkara itu juga dilakukan mereka tanpa pengetahuan si bapa kerana sekiranya lelaki itu tahu, dia akan meminta wang tersebut dari sepupu Asif.

Lebih mengejutkan apabila bapanya itu tergamak menghisap dadah di hadapan Asif yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Atina berkata dia akan mendedahkan dan melawan isu ini secara habis-habisan bagi mempertahan dirinya dan ahli keluarganya yang lain.