Memang tidak dinafikan, apabila kita mahu mula melakukan sesuatu bisnes pasti menerima pelbagai komen negatif daripada orang sekeliling.

Penyanyi Mila Jirin kini mengimbau kepayahan mencipta empayar bisnes catering yang dikenali sebagai Bizzmila. Beliau menceritakan pernah dipandang serong ketika bertemu seorang pengawai bank untuk membuat pinjaman sebanyak RM100,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@milajirin_bizmilla

TAK PERLU LAYAN! Kalau ada suara sumbang perlekehkan usaha kau berniaga. Jalan terus ke hadapan. YAKIN dengan kuasa Allah. Allah sebaik baik perancang. Manusia tak ada sebarang kuasa.. Doa, Usaha, Tawakal 🤲🏻 @BIZMILLA WEDDING CENTRE #Motivasi

♬ original sound – Pendosa Hijrah 🇸🇦🇮🇩🕊️ – Pendosa Hijrah 🇸🇦🇮🇩🕊️

Kongsi Mila lagi, individu berkenaan memberitahu beliau bahawa tidak akan berjaya memandangkan perniagaan yang diceburinya iaitu berkaitan katering dan pengurusan perkahwinan adalah kelas ketiga.

“Saya ingat sampai sekarang, 14 tahun lalu lepas jumpa pengawai bank untuk buat pinjaman RM100,000 dia cakap perniagaan saya ini adalah kelas ketiga, tidak boleh berjaya.

“Saya menangis dalam kereta selepas jumpa dia namun suami cakap dia bukan Tuhan untuk berkata begitu dan kami teruskan usaha,” ulasnya lagi.

Mila berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya pada Sabtu.

Tidak pernah patah semangat dek pandangan negatif sebegitu, Mila membuktikan dia kini seorang usahawan berjaya menerusi syarikat Bizmilla miliknya.

Sumber Gambar: Kosmo

Malah dia juga berbangga kerana dapat berkongsi rezeki dengan ramai pekerja yang berkhidmat di bawahnya dan pendapatan syarikatnya sudah mencecah RM50 juta setahun.

“Orang-orang yang Allah hantar untuk uji kita, tetapi saya dan suami tidak patah semangat. Malah yakin dengan perancangan Allah.

“Hari ini pendapatan Bizmilla hampir RM50 juta setahun dan 18 dewan jamuan.

Perniagaan saya beri manfaat kepada 250 orang pasukan dengan caruman Skim Simpanan Wang Pekerja (KWSP) lebih RM600,000 sebulan,” jelasnya.

Sementara itu dalam satu temu bual sebelum ini Mila juga memberitahu dia amat merindui untuk terus aktif dalam bidang nyanyian selepas sekian lama tidak tampil dengan lagu baharu.

“Rindu nak menyanyi. Sebelum ini saya fokus kepada perniagaan dan anak pun masih kecil.

“Cuma sekarang ini suami masih belum izinkan. Saya dalam proses untuk cuba memujuk dia,” jelasnya.