Tidak hanya bergantung pada bidang nyanyian, rezeki Mila Jirin dalam bidang perniagaan juga dilihat semakin bertambah.
Dalam perkongsian Mila di laman Instagram, Berkat usaha beliau dan suami dalam bidang perancang perkahwinan membolehkan mereka memiliki aset hartanah peribadi yang ke-10.
Hartanah terbaru mereka merupakan rumah banglo yang terletak di Johor Bahru. “Lepas ini jika mahu ke pejabat di JB boleh naik basikal sahaja,” tulis Mila Jirin secara berseloroh di ruangan caption .
Walaupun perkongsian itu bersifat personal, namun ia tetap mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Ada individu yang berkata perkongsian berkenaan bersifat ‘riak’ dan menunjuk-nunjuk. Namun bagi peminat yang lebih mengenali Mila, perkongsian berkenaan tidak lebih sebagai salah satu motivasi Mila untuk terus berjuang dalam cabang bisnes yang diceburinya.
Bizmila Wedding Centre merupakan bisnes perkahwinan yang diusahakan oleh Mila dan suaminya sejak tahun 2016. Setakat ini, bisnes beliau sudah berkembang hingga ke Johor Bahru selain beberapa dewan perkahwinan Bizmilla Wedding di sekitar Lembah Klang. Bukan hanya sekadar artis, Mila Jirin adalah contoh artis yang bijak berniaga yang boleh dicontohi oleh semua.
Dalam berita lain, Neelofa dilaporkan menerima gaji RM279,375 sebagai pengarah bebas di AirAsia. Baca lagi tentang berita ini pada pautan di bawah.
Neelofa Dilaporkan Terima Gaji RM279,375 Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia
Burger King Ajar Teknik ‘Marketing’ Tanpa Menggunakan Sebarang Modal
Elon Musk Sedia Terima Pekerja Tanpa Pendidikan Tinggi Bekerja Di Tesla