Malaysia menjadi bahan jenaka selepas FIFA menjatuhkan hukuman terhadap FAM serta 7 pemain warisan.
Baru-baru ini, FIFA menjatuhkan hukuman terhadap FAM serta 7 pemain atas dakwaan pemalsuan dokumen.
Baca Juga:
- Hukuman FIFA: FAM Pertahan Integriti, Bakal Buat Rayuan

- FIFA Hukum FAM Dan 7 Pemain Atas Dakwaan Pemalsuan

- Eric Cantona Kutuk FIFA Dan UEFA Kerana Benarkan Negara Haram Terus Beraksi

Pemain yang dimaksudkan ialah Gabriel Palmero, Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Jon Irazábal dan Hector Hevel.

Menurut kenyataan badan itu, FAM telah menggunakan dokumentasi yang telah diubah untuk dapat meletakkan pemain di atas sebelum aksi menentang Vietnam.
Malaysia Jadi Bahan Ketawa
Jiran negara Asia Tenggara yang lain tidak melepaskan peluang untuk menjadikan Malaysia sebagai bahan jenaka selepas pengumuman yang dikeluarkan oleh FIFA.

Di laman X, warga dari Singapura dan Indonesia antara yang paling lantang bersuara.
“Ini merupakan ‘Latin Night’ yang paling mahal perlu dibayar oleh jiran kita,” tulis salah seorang warga Singapura.

“Mereka bawa masuk ramai warga asing dalam skuad kebangsaan, dan akhirnya dihukum oleh FIFA,” tulis seorang lagi.
FAM akan membuat rayuan terhadap hukuman yang diterima kerana melanggar artikel 22 Kod Tatatertib (FDC) mengenai pemalsuan dokumen berkaitan pendaftaran pemain warisan.