Terletak 3km dari Langkawi. Airport, Lagoon Residence @ Langkawi kini berwajah baru. Jika anda ke Langkawi dan tidak tahu mahu menginap di mana, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk menginap di sini.

Dengan harga serendah RM198, penginapan ini menawarkan anda satu pengalaman menenangkan jauh dari kesesakan manusia sesuai untuk anda yang mahu ‘healing’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dari penginapan ini, hanya 15 minit ke Pantai Chenang untuk anda membeli-belah ataupun menikmati matahari terbenam. Dari bilik penginapan pun anda boleh menyaksikan kecantikan matahari terbenam.

Hasil penjenamaan semula, penginapan ini tampil dengan rekaan dalaman yang mengetengahkan rekaan Melayu klasik untuk semua unit penginapan.

Antara kemudahan yang tersedia di sini adalah termasuk kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak, tempat membuat BBQ, sauna dan juga gym.

Penginapan ini adalah pilihan terbaik mereka yang mahukan privasi. Menurut Dr Maziah, Pengerusi Koperasi Pemilik Langkawi Lagoon Bhd berkata penjenamaan semula ini diharap dapat mempromosikan lagi tempat ini dalam kalangan pelancong.

Menurut Rohanna Ramli, CEO RHR Hospitality Sdn Bhd, pihak RHR Hospitality kini menguruskan penginapan ini dan komited untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada semua pelanggan.

Justeru itu, jika anda mahu membuat tempahan di penginapan ini, bolehlah buat tempahan di booking.com atau agoda.com.