Juadah yang biasanya muncul tiap kali bulan Ramadan, karipap ‘inti oksigen’ (tiada isi) sering menjadi perhatian di media sosial. Mana tidaknya, karipap yang kononnya ada inti kentang, ayam atau daging kosong berisi angin.

Namun, untuk peniaga ini ia dilihat sebagai satu peluang perniagaan. Dalam video yang dikongsi foodhunter abucarimakan, beliau ke Kampung Sungai Tua Bahru, Batu Caves untuk mencuba Karipap ‘Inti Oksigen’ yang menjadi pilihan penduduk di situ.

Baca Juga:

@abucarimakan

Tak sangka ada orang jual Karipap Oksigen 😀😀 Memang ada sambutan Karipap Oksigen ni sesuai la utk budak-budak @ orang tua yg tak suka makan inti boleh cuba memang penuh oksigen dia bagi 👍👍 ✅ @hanibonbon 11, Jln Sungai Tua, Kampung Sungai Tua Bahru, 68100 Batu Caves, Selangor

♬ bunyi asal – abucarimakan – abucarimakan

Ideanya untuk menjual karipap itu datang daripada permintaan anak-anaknya. “Ada satu hari, inti karipap dah habis tapi anak-anak ni suka makan karipap tanpa inti.

“Jadi saya pun goreng untuk mereka dan sejak itu, saya pun mula jual karipap tanpa isi. Alhamdulillah, tak sangka dapat sambutan. Letak-letak habis,” terang peniaga tersebut.

Melihat cara karipap tersebut dibuat, peniaga tersebut turut memasukkan sedikit gula untuk menambah rasa. Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenanrya yang suka makan kulit karipap sahaja tanpa inti.

“Satu kebahagiaan untuk yang yang makan karipap buang inti macam aku,” tulis An. “Atleast kakak ni berniaga jujur, tulis siap-siap jual karipap oksigen,” tulis seorang lagi peniaga.

Jika anda berminat untuk cuba, boleh ke Warung Santapan by Hanibonbon di Kampung Mahkota Sungai Tua, Batu Caves.