Tular satu klip video berdurasi 2 minit 19 saat di mana sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah kereta Nissan Almera di kawasan Batu Caves.
Menurut hantaran X @AsalGombak, insiden itu berlaku gara-gara sekumpulan remaja didakwa melarikan diri selepas tidak membayar cendol yang dimakan mereka.
Baca Juga:
- Pekerja Wanita Dakwa Rasa Terancam, Polis Melaka Cari Pelanggan Dalam Insiden Sos Cili McDonald’s
- Pelanggan Berkeras Bayar Paket Sos Cili, McDonald’s Buat Laporan Polis Selepas Siasatan Dalaman
- Pemandu Singapura Biadap Dan Tidak Hormat Polis Malaysia, Cuba Larikan Diri Semasa Ditahan
“Aksi kejar mengejar itu dikatakan bermula dari Batu Caves kemudian ke Batu Muda, DUKE, Taman Selasih Fasa 2, Taman Samudera sehinggalah ke MRR2 Batu Caves.
“Pemandu kereta tersebut akhirnya berhenti di tengah-tengah jalan kemudian melarikan diri,” petik hantaran X @AsalGombak.
AKSI KEJAR MENGEJAR DI BATU CAVES
Satu kekecohan berlaku tengah hari tadi di Batu Caves apabila sekumpulan remaja yang menaiki sebuah kereta dikatakan lari dari membayar cendol kemudian mereka dikejar oleh sekumpulan penunggang motorsikal.
🎥 Telegram Asal Gombak pic.twitter.com/tDNyYA7yWv
— Asal Gombak (@AsalGombak) September 27, 2023
Rakaman video itu telah mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial. Ramai yang hairan tindakan remaja terbabit yang membahayakan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
Ada yang berpendapat mungkin terdapat isu lain yang terjadi sehingga kumpulan penunggang motosikal itu bersungguh-sungguh mengejar remaja terbabit.
Cendol paling mahal pun RM5. Kalau cendol durian maybe dalam RM10-RM15.
Nak repair bumber kereta lepas langgar satu Batu Caves dah beratus.
Mesti dia betul-betul peminat cendol ni.
— A Samad Said: (@SamadSaidWhaaat) September 27, 2023
Bagi aku dia kejar bukan sebab tak bayar cendol. Tapi dia kejar sebab benda tu dikira mencuri. Lagipun kalau takat cendol rm5, takde la mamat tu lari sampai langgar semua benda kan? Maybe mamat tu order cendol banyak banyak?
— budak baru belajar (@tipuwaree) September 27, 2023
Dia macam ni, kalau aku ada kat trmpat kejadian yg mengejar ni.. aku mesti ingat dia lari sebab kes langgar lari @ kidnap orang @ ragut.. orang malaysia pantang 3 benda ni. Tapi bila dah tahu punca dia sebab cendol, mesti yg tukang kejar yg tak tau apa² tu gelak sesama sendiri
— KaidoX (@fazley212) September 28, 2023
Manakala ada pengguna X lain berkongsi pendapat, terdapat kemungkinan semasa kekecohan kejar mengejar berlaku, penunggang motosikal berhampiran tidak mengetahui punca sebenar, namun tetap mahu memberikan bantuan.
Ini kerana mereka bimbang kereta Nissan Almera terbabit dalam kes serius seperti langgar lari, culik, atau ragut. Sekiranya mereka tahu ia disebabkan ‘tak bayar selepas makan cendol’, mungkin mereka abaikan sahaja.
Difahamkan kejadian tersebut menyebabkan beberapa kenderaan dirempuh oleh suspek dan bagi sesiapa yang terlibat dalam insiden terbabit diminta rujuk ke Balai Polis Kepong untuk tindakan selanjutnya.