Kecoh di media sosial apabila pakar saham iaitu Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) dilaporkan telah berkahwin dengan pilihan hatinya Datin Nor Ernie Rossmerie yang dikatakan merupakan pelajar sahamnya.
Perkahwinan mereka telah mendapat perhatian orang ramai dan bekas isteri DDNK turut mendoakan kebahagiaan dia bersama pendamping baru hidupnyanya. Malah, ada juga orang yang mendakwa Ernie berkahwin dengan DDNK disebabkan wang dan juga melabelnya pisau cukur.
Baca Juga:
- Pakar Saham Kahwin Dengan Pelajar Di Thailand, Bekas Isteri Doa Agar Berkekalan
- Belanja Lebih RM500,000, Pasangan Pakar Saham Ini Pilih Tema ‘Beauty And The Beast’
- Keliru Mana Satu Pengantin, Kecantikan Zahirah Macwilson ‘Overshadow’ Mempelai
Menerusi laporan, Ernie menafikan menerima DDNK disebabkan statusnya dan tidak mengenal siapa suaminya pada awal perkenalan. Tambahnya, dia juga pernah menolak DDNK tetapi disebabkan komited dan tidak berputus asa mengambil hatinya, maka Ernie menerima DDNK sebagai suami.
“Orang kata saya mata duitan, nak yang dah semua siap. Tapi lama kelamaan kawan-kawan saya mulai menerima hubungan kami tapi paling penting rakan-rakan baik saya yang sentiasa menyokong pilihan saya,” ujarnya.
Malah, sejak awal perkenalan mereka pun sudah menerima pelbagai umpatan. Ernie berkata dia suka lelaki yang kelakar dan DDNK mempunyai ciri-ciri idamannya.
Sementara itu, adik kepada DDNK menegur sikap segelintir netizen yang menyebarkan fitnah dan menasihati agar menjaga tepi kain rumah tangga masing-masing. Malah, dia berharap agar netizen tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung dengan perkahwinan abangnya itu.