Lebih 15 tahun dalam industri hiburan tempatan, nama Aizat Amdan sememangnya dikenali ramai menerusi lagu-lagunya yang sehingga kini masih lagi diputar pihak radio.

Jika sebelum ini, penampilan beliau yang kurus pernah mencuri perhatian media, imej terbaru beliau sekali lagi menjadi buah mulut netizen menerusi pakaian ‘unik’ yang digayakan.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian TikTok @ariaputerakamal, dapat dilihat Aizat Amdan menggayakan pakaian yang sedikit berbeza daripada sebelumnya dengan memakai baju t-shirt yang singkat, seluar putih kilat yang menyerlah serta seolah memakai bengkung.

@ariaputerakamal

Aizattt Amdan !!!

♬ original sound – Aria Putera Kamal – Aria Putera Kamal

Rambutnya yang berwarna putih serta kukunya yang berkilat sekaligus telah membuatkan para netizen melabel beliau sebagai Sam Smith Malaysia.

Untuk pengetahuan, Sam Smith merupakan seorang penyanyi dari Amerika Syarikat yang kini menggayakan pakaian serta dirinya seolah seorang perempuan.

Sumber: TikTok @ariaputerakamal
Sumber: TikTok @ariaputerakamal
Sumber: TikTok @ariaputerakamal

Aizat Amdan mulai menempa nama dalam industri hiburan tempatan menerusi sebuah program realiti TV pada tahun 2007 sebelum mengeluarkan beberapa lagu popular terdiri seperti ‘Kau aku’ dan ‘Hanya kau yang mampu’.