Masuk sahaja bulan Ramadan bermakna Bazar Ramadan juga turut kembali dengan menawarkan seleksi makanan dan minuman khusus buat para pengunjung bagi mendapatkan juadah untuk berbuka.
Terbaharu, Tech Hunter Global Sdn Bhd dilaporkan telah melancarkan kempen #TechMeToBazaar di mana Bazar Ramadan TTDI ditawarkan dengan pembayaran secara dalam talian secara menyeluruh. Dilengkapi lebih 150 gerai menawarkan seleksi juadah, bazar Ramadan ini dilaporkan bakal menjemput lebih 200,000 pengunjur setiap tahun.
Baca Juga:
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
Mengulas mengenai pembayaran, para pengunjung bukan sahaja berpeluang membuat pembayaran menerusi QR atau e-wallet, malah setiap gerai di Bazar Ramadan turut hadir dengan terminal bayaran membolehkan pengguna membuat bayaran menerusi kad kredit dan kad debit.
Lebih hebat, menerusi YTL Communications yang menawarkan rangkaian Yes, seluruh bazar ini berjaya dilengkapkan dengan rangkaian 5G. Dalam erti kata lain, orang ramai tidak perlu risau untuk berbelanja meskipun tidak membawa tunai bersama.