Tular sejak beberapa hari ini di beberapa platform media sosial apabila terdapat seorang wanita bersama anaknya datang ke 7-Eleven untuk ‘menyerang’ selepas pekerja 7-Eleven bertanyakan kepada anaknya sama ada beliau mencuri barangan atau sebaliknya barangan di rangkaian kedai tersebut.

Situasi menjadi lebih rumit apabila kanak-kanak tersebut melaporkan kepada ibunya bahawa beliau telah dituduh mencuri sekaligus membuatkan dua beranak ini ke 7-Eleven dalam mendapatkan penjelasan sambil menjalankan Facebook Live sebagai tontonan kepada orang ramai.

Pertengkaran yang disaksikan oleh orang ramai ini telah mendesak segelintir netizen yang mahukan pihak 7-Eleven dedahkan rakaman CCTV sewaktu kes berlaku dalam mendapatkan kepastian. Permintaan netizen tersebut walau bagaimanapun telah dijawab oleh pengurus 7-Eleven berkenaan menerusi video TikTok 7elevenmalaysia_official.

@7elevenmalaysia_official

Reply to @_peppermintmocha Marilah kita saling bermaafan & cipta kenangan indah bersama 7-Eleven❤️ We love you guys🥰

♬ original sound – 7-Eleven Malaysia – 7-Eleven Malaysia

Menurut pengurus 7-Eleven berkenaan, beliau menjelaskan semula bahawa isu salah faham berlaku selepas pekerja 7-Eleven bertanya kepada kanak-kanak tersebut berikutan terdengar perbualan rakan kanak-kanak yang hadir bersama ke 7-Eleven.

Pertanyaan tersebut telah membuatkan kanak-kanak tersebut takut serta memilih untuk lari keluar dalam mendapatkan ibunya yang seterusnya membuatkan dua beranak ini hadir semula ke 7-Eleven.

Berdasarkan semakan pihak 7-Eleven, difahamkan kanak-kanak tersebut tidak mencuri dan sekadar berlaku salah faham antara dua pihak. Pihak ibu kepada kanak-kanak tersebut serta pekerja 7-Eleven saling bermaafan berikutan pertengkaran yang mengakui kekeliruan yang berlaku.

Pihak pengurus 7-Eleven turut memaklumkan agar orang ramai tidak lagi mengecam tindakan wanita berkenaan serta berharap orang ramai dapat mencipta memori indah bersama 7-Eleven.

Menurut wanita tersebut menerusi Facebook beliau Wan Noor Baizura, beliau memaklumkan pihak polis telah menyemak rakaman CCTV tersebut serta mengesahkan anaknya tidak mencuri.

Diharap isu seperti ini dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai agar situasi yang sama dapat dielakkan sebaliknya perbincangan secara profesional antara yang boleh dilakukan sekiranya berlaku sebarang salah faham.

Ketahui lebih lanjut mengenai kes yang berlaku melibatkan dua beranak beserta pekerja 7-Eleven ini dengan klik pautan di bawah.

Didakwa ‘Tuduh’ Anak Mencuri Di 7-Eleven, Tindakan Dua Beranak Ini Raih Perhatian Netizen

Salah Guna ‘Buah Silat’, Lelaki Belasah Pemandu Van Sehingga Terbaring