Individu obes sering kali mempunyai masalah untuk menurunkan berat badan. Saiz badan yang besar turut menyukarkan golongan ini untuk bersenam serta mengurangkan jumlah pengambilan makanan.

Dalam pada itu, sebagai usaha untuk membantu golongan obesiti, University of Otago yang bertempat di Britain tampil dengan sebuah inisiatif dengan mencipta sebuah alat magnetik yang diletakkan pada gigi dalam membantu golongan yang mengalami masalah obesiti menurunkan berat badan.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Berdasarkan perkongsian, difahamkan alatan magnetik ini hanya membolehkan pemakai membuka mulut dengan keluasan 2mm sekaligus mendesak pemakai untuk hanya dapat menelan air sahaja. Dalam pada itu, alatan ini disahakan tidak akan menganggu pengguna dalam bercakap dan bernafas.

Menerusi kajian yang dijalankan, individu yang mengalami masalah obesiti berjaya menurunkan berat badan sehingga 6.36kg sepantas dua minggu sekaligus menjadi dorongan buat golongan ini menurunkan lebih banyak berat.

dentalslim2-768×436
Sumber: tvnz

Untuk pengetahuan, alatan yang dicipta ini bukan disasarkan buat mereka yang mahu menurunkan berat badan sebaliknya buat golongan disahkan mengalami masalah obesiti yang tidak dapat menjalankan pembedahan atau bakal menjalankan pembedahan dalam tempoh terdekat.

Ikuti juga kisah lelaki ini yang berjaya berpuasa selama 382 hari di mana berat badan beliau telah berkurangan sebanyak 125 kilogram.

382 Hari Berpuasa, Lelaki Ini Berjaya Kurangkan Berat Badan Sebanyak 125 Kilogram

TMJ Kongsi Cara Sebenar Turunkan Berat Badan Sehingga 22 KG

Sumber