Individu obes sering kali mempunyai masalah untuk menurunkan berat badan. Saiz badan yang besar turut menyukarkan golongan ini untuk bersenam serta mengurangkan jumlah pengambilan makanan.
Dalam pada itu, sebagai usaha untuk membantu golongan obesiti, University of Otago yang bertempat di Britain tampil dengan sebuah inisiatif dengan mencipta sebuah alat magnetik yang diletakkan pada gigi dalam membantu golongan yang mengalami masalah obesiti menurunkan berat badan.
Otago and UK researchers have developed a world-first weight-loss device to help fight the global obesity epidemic: an intra-oral device that restricts a person to a liquid diet. Read more: https://t.co/eLhXwipiqs pic.twitter.com/Of6v3uvVbX
— University of Otago (@otago) June 28, 2021
Berdasarkan perkongsian, difahamkan alatan magnetik ini hanya membolehkan pemakai membuka mulut dengan keluasan 2mm sekaligus mendesak pemakai untuk hanya dapat menelan air sahaja. Dalam pada itu, alatan ini disahakan tidak akan menganggu pengguna dalam bercakap dan bernafas.
Menerusi kajian yang dijalankan, individu yang mengalami masalah obesiti berjaya menurunkan berat badan sehingga 6.36kg sepantas dua minggu sekaligus menjadi dorongan buat golongan ini menurunkan lebih banyak berat.
Untuk pengetahuan, alatan yang dicipta ini bukan disasarkan buat mereka yang mahu menurunkan berat badan sebaliknya buat golongan disahkan mengalami masalah obesiti yang tidak dapat menjalankan pembedahan atau bakal menjalankan pembedahan dalam tempoh terdekat.
Ikuti juga kisah lelaki ini yang berjaya berpuasa selama 382 hari di mana berat badan beliau telah berkurangan sebanyak 125 kilogram.
382 Hari Berpuasa, Lelaki Ini Berjaya Kurangkan Berat Badan Sebanyak 125 Kilogram