Walaupun Malaysia ini sering digambarkan dengan negara yang selamat serta berbudi bahasa, namun disebabkan segelintir individu telah mencalarkan nama negara akibat perbuatan yang tidak bermoral terhadap pelancong luar.

Seorang pelancong dari Asia telah berkongsi kisah episod hitam di dalam hidup yang membuatkan dirinya tawar hati untuk ke Malaysia lagi.

pelancong
Sumber Gambar: holidify

Menerusi platform Reddit, pelancong ini mendakwa bahawa dia telah diperas ugut oleh polis peronda berjumlah ribuan ringgit atas alasan tidak munasabah di kawasan Pudu baru-baru ini.

Pada mulanya, dia sedang berjalan dari restoran untuk pulang ke hotel namun diberhentikan oleh dua polis yang sedang meronda di kawasan tersebut.

Minta serahkan barangan peribadi

pelancong
Sumber Gambar: craft&glory

Selepas itu, dia diarah untuk menyerahkan beg galas (hanya mengandungi tablet dan sabun badan) dan mengosongkan poket kemudian dikumpulkan pada motosikal pegawai terbabit tanpa diberikan sebarang waran atau sebab.

Selepas itu, mereka meminta izin untuk mengakses peranti berkenaan bagaimanapun selepas terlihat wujud saluran Telegram dengan isi kandungan dewasa dan aplikasi dagangan kripto langsung dijadikan isu besar.

Fitnah terlibat dalam pengubahan wang haram

pelancong
Sumber Gambar: Kohn,kohn & colapinto

Lebih teruk lagi, sebaik melihat jumlah simpanan kripto yang dimilikinya, kedua-dua polis terbabit cuba menfitnah pelancong berkenaan sebagai terlibat dalam pengubahan wang haram kripto atau penipuan.

Mereka turut mendakwa hanya memiliki akaun pun sudah melanggar undang-undang di negara ini. Untuk menakutkan mangsa, polis menyatakan kos mahkamah boleh mencecah $10,000 (~RM44,585.58) dan boleh disabitkan dengan pelbagai akta lain.

Pelancong itu mendedahkan yang dirinya pertama kali berurusan dengan polis malahan tidak pernah terjadi di negara asalnya sebelum.

Dia meluahkan betapa paniknya keadaan pada ketika itu yang mana ketika sedang berjalan seorang diri pada pukul 3 pagi dan diperiksa secara tiba-tiba oleh pihak polis.

Bawa pergi lorong untuk ‘pau’ duit

pelancong
Sumber Gambar: pngtree

Polis peronda itu kemudian membawa pelancong itu ke sebuah lorong dan meminta $400 (~RM1,777.10) bagi setiap seorang, jadi jumlahnya cecah $800 (~RM3,554.20) untuk dua pegawai terbabit.

Mereka bahkan membawa pelancong itu dengan motosikal mereka ke hotel yang didiami, hanya memberi kad kunci dan meminta mengambil wang dalam masa 5 minit.

Setelah diberikan wang ‘kopi’ itu, barulah dia menerima semula barangan yang dirampas oleh pegawai berkenaan.

Tinggalkan kesan mendalam terhadap dirinya

Susulan insiden tersebut, dia mendakwa telah meninggalkan kesan yang mendalam dan mempunyai pandangan negatif terhadap Malaysia(ini kali ketiga datang melancong).

Tambahnya lagi, walaupun ini hanya dilakukan oleh segelintir individu, ini cukup membuatkan dirinya tidak mahu datang ke Malaysia lagi.

Bagaimanapun, dia mendedahkan telah pergi ibu pejabat Dang Wangi dan mendapatkan semula wang yang diperas. Pelancong itu turut memarahi pegawai peronda terbabit di hadapan pegawai lain dengan kebenaran mereka.