Lebih setahun sejak pandemik COVID-19 menyerang Malaysia, sudah pastinya orang ramai sudah cukup faham dengan SOP yang ditetapkan pihak kerajaan untuk memakai pelitup muka di tempat awam untuk mengelakkan penularan wabak ini.

Terbaharu, tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang lelaki yang dipercayai sedang mabuk memilih untuk tidak memakai pelitup muka dalam memasuki sebuah pasar raya di Padawan, Sarawak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan keengganan beliau, lelaki ini dikatakan telah dibelasah beberapa pekerja premis perniagan tersebut di mana terdapat individu yang rakam kejadian tersebut sekaligus menjadi tular di media sosial.

https://www.youtube.com/watch?v=vdArYVT5zeg

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4.30 petang di mana sewaktu pasukan Task Force 4 COVID-19 tiba di tempat kejadian, lelaki yang dipecayai mabuk itu sudah beredar daripada kawasan pasar raya berkenaan.

Pihak polis turut berjumpa dengan pengurus pasar raya dan dimaklumkan lelaki berkenaan sudah dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan pasar raya kerana tidak memakai pelitup muka. Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan tetap berkeras dan mengamuk untuk masuk ke pasar raya sebelum pihak pekerja terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghalau beliau.

Difahamkan tiada sebarang kecederaan serius berlaku kepada lelaki berkenaan dan pihak polis masih lagi belum menerima sebarang laporan polis setakat jam 6 petang semalam.

Pelitup muka bernilai RM1,699 YB Tajuddin berjaya menjadi perhatian netizen sewaktu sidang media berikutan penawaran teknologi pembersihan udara.

Dilengkapi Teknologi Pembersihan Udara, Pelitup Muka Bernilai RM1,699 YB Tajuddin Jadi Perhatian Netizen

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa

Sumber