Pemeriksaan tangki air di rumah sememangnya jarang dilakukan oleh kita sehinggakan boleh dikira dengan jari jumlah pemeriksaan dalam setahun.

Namun, selepas ini anda mungkin bakal melakukan rutin ini dengan lebih kerap ekoran pendedahan seorang individu selaku tukang paip telah menemui tengkorak yang sudah terbelah yang dipercayai kepala babi dari sebuah tangki air rumah milik pelanggan yang mahu diselenggaranya.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Menerusi klip video yang dikongsikan, individu itu menemui tengkorak babi yang boleh dilihat pada bahagian dasar tangki selepas penutup tangki dibuka bagi tujuan penyelengaraan.

Individu itu mendedahkan kejadian itu berlaku di Jelebu, Negeri Sembilan dan juga milik keluarga beragama Islam. Dia lalu meluahkan rasa kecewa dengan sifat dengki yang menguasai seseorang sehingga sanggup membuat khianat terhadap manusia lain.

“Tak kesian dekat orang ke? Ingat tak dosa? Ini sesuatu perbuatan dosa kerana meletakkan benda ini, tong air buat ambil wudhuk, gosok gigi sudah dicemari,” keluh lelaki tersebut.

@aldiansah623

♬ suara asli – aldiansah – aldiansah

Memindai ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib tuan rumah yang mungkin selama ini menggunakan air takungan itu tanpa menyedari kewujudan bangkai babi.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Ada yang mendakwa tindakan khianat ini berkait rapat dengan amalan sihir. Susulan itu, orang ramai terpanggil untuk membuat pemeriksaan tangki air kerana takut mengalami perkara yang sama.

Walaupun ada yang cuba berprasangka baik dengan mengatakan ada binatang yang membawa bangkai itu, tetap agak tidak logik kerana kedudukan tangki yang tinggi di atas bumbung dan dalam keadaan bertutup.