Selepas Masjid, surau adalah tempat ibadah bagi umat Islam yang sewajarnya dipulihara dan dijaga.
Terbaharu, Surau Taman Setia Bakti telah berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan Al-Quran dikoyak dan dibuang keluar dari surau tersebut. Malah, beberapa sejadah turut dilempar keluar berselerak di atas tanah.
Bukan itu sahaja, individu tidak bertanggungjawab juga membuang najis di tempat imam surau tersebut. Hal ini dipercayai atas perbuatan khianat dan masih belum diketahui siapa pelakunya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab tersebut. Malah, para netizen turut mengecam perbuatan khianat yang dilakukan oleh pelakunya.
Rata-rata netizen juga berharap agar pelakunya akan ditemui segera dan ditangkap oleh pihak polis. Para netizen juga mahu kes ini disiasat dengan cepat dan tidak akan berlaku di tempat lain.
Difahamkan, kes ini telah diambil tindakan oleh pihak polis dan siasatan sedang dijalankan. Pihak pengurusan Surau Taman Setia Bakti berharap isu ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 295 dan 497 di bawah Kanun Keseksaan.
Tahukah anda bahawa di Perak pernah terjadi kejadian khianat juga di sebuah surau? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Rosakkan Dan Buang Beduk Surau Untuk ‘Elak Bencana’, Kontraktor Ditahan Polis Di Perak
Dibina Guna Pokok Berusia 300 Tahun, Lihat Reka Bentuk Surau Di Terengganu Yang Klasik Dan Unik
Dari Surat Terbuka Hingga Ke Temu Bual, Kanak-Kanak Ini Berjaya Buatkan Ramai Netizen Kagum