Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap individu untuk menjaga harta benda awam serta mengikut peraturan yang ditetapkan. Malah, perkara ini sudah mulai diajar buat anak-anak kecil sejak di bangku sekolah lagi.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang lelaki didakwa berak di tempat mengambil wuduk. Lebih mengejutkan ramai, lelaki ini melakukannya di sebuah surau bertempat di Shah Alam Seksyen 17.

Tindakannya itu telah mendapat seorang penjawat awam yang tampil memaklumkan kepada lelaki tersebut mengenai tindakan yang dilakukan.

@m.norazlii

Seorang lelaki (kurang siuman) MENYERANG SEORANG PENJAWAT AWAM , Kes berlaku di SHAH ALAM !

♬ Dramatic Military – Faid rafanda

@m.norazlii

Replying to @wildanimal43 jika berak di tandas surau tiada masalah . Kenapa harus membuang najis di tempat mengambil wudhu ? Harap PDRM mengambil tindakan tegas . #fyp

♬ Dramatic Military – Faid rafanda

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila lelaki yang berak di tempat mengambil wuduk berkenaan bertindak agresif serta mahu baling kerusi dan kejar pengadu tersebut.

Difahamkan situasi dikejar suspek berkenaan telah dirakam namun dikatakan tidak ada individu lain yang tampil membantu pengadu berkenaan. Setelah beberapa minit, suspek berkenaan dikatakan mulai penat dan berhenti mengejar pengadu berkenaan.

Sumber: TikTok @m.norazlii
Sumber: TikTok @m.norazlii

Rakaman yang dikongsikan di TikTok dibuat turut disalah anggap buat sesetengah netizen sekitar yang berpendapat situasi yang berlaku hanyalah sekadar konten sehinggalah pengadu ini memuat naik video susulan.

@m.norazlii

Replying to @am ateng BUKAN SEKADAR CONTENT !! KEJADIAN BERLAKU DI SEKSYEN 17, BERTARIKH 25/10/2023 . Hari ini PIHAK MAJLIS BANDARAYA TELAH MENGAMBIL TINDAKAN YANG TEGAS TERHADAP PELAKU. Ini DEMI KESELESAAN PENDUDUK DI KAWASAN SEKITAR . Syabas PIHAK MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM KERANA MENGAMBIL TINDAKAN PANTAS ! #fyp #penjawatawam #kesSelesai

♬ Atouna El Toufoule – Embun Senja

Tindakan pengadu berkenaan telah mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan yang mengambil tindakan sewajarnya kepada pengadu.