Perbuatan khianat meletakkan dawai atau tali panjang ke atas pengguna jalan raya bukanlah satu perkara asing di Malaysia.
Baru-baru ini seorang pengguna Lebuhraya SUKE di simpang Kampung Dato Mufti berkongsi keadaannya selepas menjadi mangsa khianat sehingga mencederakan lehernya.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
Menurut X @mdzulhilmi__ kejadian itu berlaku pada pukul 7.40 malam dan beliau meminta semua penunggang motosikal berhati-hati semasa melalui lebuhraya tersebut.
@altimet salam YB. Kejadian semalam saya terjerut tali tangsi di leher di susur masuk highway SUKE (simpang Kg Dato Mufti)
Kejadian 740pm
Hati hati semua penunggang motosikal 🏍️ pic.twitter.com/JToxqQOGuC
— Zull (@mdzulhilmi__) September 12, 2023
Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai terkejut apabila mengetahui perbuatan khianat itu sudah mula dibuat di lebuhraya, sedangkan sebelum ini perkara tersebut sering berlaku di laluan motosikal sahaja.
Pada masa sama, ada yang berpendapat itu mungkin taktik penyamun untuk memerangkap mangsa semasa berhentikan motosikal untuk melihat kecederaan di leher atau menanggalkan dawai atau tali tangsi dari laluan tersebut.
Kalau kena macam ni, teruskan perjalanan, jangan berhenti check kalau agak tak teruk. Berhenti situ lama2, confirm kena samun. Memang itu tujuan dia. https://t.co/YATlRzXr1S
— wowie zowie (@evvok) September 12, 2023
Hampir setiap hari berulang motor Federal Highway & guna jalan macamni. Kadang terfikir jugak bila lalu. Entah kenapa cubaan membunuh ni boleh jadi hobi.
Moga musibat terjerut dan cacat kekal dgn perangkap sendiri. https://t.co/8UJNPcC8kK
— Faris. (@farisnsrdn) September 13, 2023
tali layang-layang putus ni. dulu kat highway DUKE area Gombak selalu orang kena. https://t.co/a90PuKi9Ny
— Mi (@loqmanhakimi_) September 12, 2023
Dalam pada itu, ada yang berpendapat mungkin itu tali layang-layang putus kerana perkara itu juga pernah berlaku di Lebuhraya DUKE kawasan Gombak.
Orang ramai meminta pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati sekiranya berhadapan situasi sebegitu rupa dan berharap agar penguatkuasa dapat mengambil tindakan tegas kepada individu terbabit.