Sejak mulai program vaksin COVID-19 dilancarkan di Malaysia, dapat dilihat orang ramai berlumba-lumba untuk mendapatkan vaksin. Program vaksinasi yang ditawarkan diberi kepada frontliner terlebih dahulu sebelum dibuka kepada golongan warga emas. Selain itu terdapat juga beberapa negeri yang membuka pendaftaran bagi vaksin AstraZeneca.
Dalam pada itu, pelakon Eina Azman berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila telah memuat naik sebuah gambar memaklumkan beliau bersama pasangannya, Dato Paduka Kaiser berjaya menerima suntikan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh, Perak.
Gambar yang dikongsikan Eina Azman dalam tempoh yang singkat itu dilihat telah dipadam menerusi akaun Instagram beliau selepas mencetus persoalan kepada para netizen yang menyoal bagaimana Eina Azman bersama pasangan mampu menerima vaksin dalam tempoh yang pantas. Lebih meragukan, Perak tidak tersenerai dalam negeri yang menawarkan vaksin AstraZeneca kepada orang ramai.
Berikutan berita mengenai Eina Azman yang sedang tular, Hospital Raja Permaisuri Bainun tampil dengan sebuah kenyataan daripada Dr. Abdul Malek Othman selaku pengarah hospital berkenaan memaklumkan Eina Azman bersama pasangan telah disenaraikan oleh doktor pakar sebagai golongan yang berisiko tinggi.
Oleh sebab yang demikian, pasangan ini disahkan layak menerima vaksin lebih awal berbanding orang ramai sekaligus mengesahkan tiada isu potong barisan dalam pemberian suntikan.
Kenyataan yang dibuat nyata membuatkan para netizen berang memandangkan masih ramai lagi warga emas yang masih belum menerima suntikan vaksin. Tidak kurang juga yang menyoal mengapa pasangan ini memilih untuk menjalankan suntikan di vaksin di Perak berbanding mendapatkannya di Kuala Lumpur sekiranya disahkan berada dalam golongan berisiko tinggi.
https://twitter.com/nrfarraa/status/1397782317620285443
I know a lot in Perak who are high risk and still couldn’t get appointment. @DGHisham @JKJAVMY , what is this? https://t.co/dkwfqZwqpC
— Iskandar Dzulkarnain (@IskandarJunid) May 27, 2021
High risk rupanya. Tapi kalau high risk sangat kenapa tak cucuk dekat KL ja, kan lagi dekat lagi cepat? Vaksin Pfizer Ipoh lain dengan vaksin Pfizer KL ke? Mohon penjelasan @DGHisham @KKMPutrajaya https://t.co/qMrfMbkhzK
— Robert Browney Jr. (@LOLsusaho) May 27, 2021
Why in Ipoh? Why not in KL? Berapa ramai lagi yang ada komorbid in KL / Selangor yang dapatkan vaksin di Ipoh? @KKMPutrajaya @JKJAVMY https://t.co/MSK3sVyaYu
— HZ (@haaziq_mz) May 27, 2021
Sehubungan dengan kenyatan yang dibuat oleh Dr. Abdul Malek Osman, orang ramai terutama yang berada dalam golongan berisiko tinggi digalakkan membuat pendaftaran penerimaan suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera atau melayari laman web vaksin COVID-19.
Tular baru-baru ini apabila YB Tajudin yang hadir ke sidang media dengan memakai pelitup muka yang dilengkapi sistem pembersihan udara bernilai RM1,699.
Wanita Ini Dakwa Tidak Tahu ‘Mask’ Wajib Dipakai, Beri Alasan Baru Pulang Bercuti Dari Scotland