Tahukah anda negara kita sudah menjadi pilihan utama untuk warga serantau mendapatkan rawatan berkelas antarabangsa kerana terbukti mempunyai fasiliti dan pakar yang berkaliber?

Menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Threads memperlihatkan kisah seorang wanita Indonesia yang bercerita pengalaman rakan mendapatkan rawatan di negaranya dan Malaysia.

“Temanku di Indonesia didiagnosis kanser usus sekalinya rujuk ke Pulau Pinang ternyata cuma asam lambung (gerd),” ujar seorang wanita dari Indonesia.

Disahkan Kanser Usus Di Indonesia, Pesakit Lega Rujuk Ke Malaysia Rupanya Hanya GERD
Sumber Gambar: Threads

Rentetan daripada itu, netizen lain turut berkongsi kisah bagaimana tahap profesionalisme dunia perubatan di negara jiran yang meragukan.

“Ayah bibik i sakit dada, doktor sana cakap sakit jantung siap nak operate pasang stent, kos 200 juta rupiah. bibik nak pinjam duit dkt I, I suruh dtg malaysia dulu check. sampai penang rupanya GERD + stomach ulcer. jantung semua ok. bayangkan doctor diorang nak operate on a healthy heart!,” tulis seorang pengguna.

“Pernah jumpa guest indo. Tanya dia datang malaysia untuk holiday ke? dia cakap “tak, untuk rawatan” lepastu tanya lagi “jauhnya sampai malaysia” dia jawab “doc indo tak sebagus malaysia.

“Disana doc detect sakit kanser telinga. Tapi bila dtg sini rupanya takde kanser pun. Sakit telinga sebab ada serangga masuk” Aku taktau nak gelak ke apa time tu,” ujar seorang pengguna.

Menjengah ke video asal, ramai warga Indonesia sendiri yang berkata mereka lebih percayakan fasiliti kesihatan Malaysia berbanding dengan negara asalnya.

“Saya didiagnosis menghidap kista sehingga ovarium sebelah kiri terpaksa dibuang. Selepas pembedahan itu, doktor memberitahu bahawa saya menghidap kanser ovarium. Saya disarankan untuk membuang rahim dan menjalani kemoterapi.

“Tanpa berfikir panjang, saya pergi ke Hospital Adventist di Pulau Pinang. Setelah pemeriksaan MRI dilakukan, doktor mendapati saya tidak menghidap sebarang penyakit pun.

“Di Medan, saya diberitahu bahawa saya tidak akan dapat memiliki anak. Namun, Puji Tuhan, saya ke Pulau Pinang pada bulan Ogos dan pada bulan November, saya terus disahkan hamil.”

“Saya sudah tiga kali menjalani pembedahan di Malaysia, dan walaupun saya warga asing, layanan yang diberikan oleh pihak hospital memang sangat tiptop. Saya amat menghargai kemudahan yang diberikan; bayaran pendahuluan (deposit) pun boleh dibayar secara ansuran. Paling penting, nyawa pesakit di hospital Malaysia sangat dihargai.”

“Di Indonesia, diagnosis yang diberikan ialah menghidap kanser. Namun, sepanjang tempoh sebulan, tiada sebarang tindakan atau rawatan yang diambil.

“Pesakit kemudiannya dibawa ke Pulau Pinang. Di sana, doktor segera mengambil tindakan dengan melakukan pembedahan. Hasilnya, doktor mengesahkan bahawa ia hanyalah jangkitan (infeksi) biasa.” demikian antara sorotan perkongsian pesakit dari Indonesia yang pernah berubat di sini dan berpuas hati dengan layanan diberikan di Malaysia.