Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah tempat yang terlihat seperti kawasan perumahan di Indonesia tetapi sebenarnya ia adalah kawasan perkuburan.

Menerusi video tersebut, kubur-kubur dibina menyerupai rumah sebenar dan mempunyai pelbagai reka bentuk seperti rumah banglo dua tingkat dan dilengkapi dengan tangga di bahagian tepi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@badar1015

Komplek rumah ❌ kuburan elit ✅ #palopo #kuburan

♬ suara asli – Yurika naura – Yurika naura

Difahamkan ini adalah kawasan perkuburan elit disebabkan itu binaan kubur menyerupai rumah. Video terbabit telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali rakyat Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dari Malaysia berseloroh mungkin kubur terbabit turut dilengkapi dengan TV dan juga perabot.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berasa pelik apabila perkuburan dibina seperti rumah. Setakat artikel ini ditulis, video itu telah meraih sehingga 14.5M views, 628.2K likes dan 20K shares.