Sebelum ini dilaporkan bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada tahun 2018 akan disambung kembali dan program itu akan disasarkan kepada golongan belia yang berumur antara 16 hingga 35 tahun.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan juga memaklumkan bahawa terdapat dua fasa yang bakal dilaksanakan dimana Fasa 1 membabitkan pelajar tingkatan empat, manakala Fasa 2 membabitkan pelajar lepasan SPM.
Baca Juga:
- PLKN Bakal Dilaksanakan Dalam Dua Fasa, Libatkan Pelajar Tingkatan 4 Dan Lepasan SPM
- Kumpulan Belia Sokong Laksana Semula PLKN, Program Mesti Lebih Fokus Kepada Perpaduan Sosial
- ‘Buang Masa Dan Rugikan Duit’ – Rakyat Malaysia Tak Setuju Jika PLKN Dihidupkan Semula
Susulan pengumuman tersebut, hal ini telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia dan menjadi topik hangat di media sosial.
Hasil tinjauan kami di laman X, rata-rata netizen yang sudah bekerja dan berada dalam golongan belia menzahirkan kebimbangan mereka jika menyertai PLKN 3.0 akan menjejaskan punca pendapatan mereka kerana kini mereka banyak komitmen perlu ditanggung.
👈🏻
Bakal kena PLKN 🥲Kalau dapat pun okay je, boleh buat kawan baru, boleh belajar disiplin. Lipat kain, basuh kain, sapu rumah, mop lantai. Rasa macam x cukup perfect lagi bab2 kemandirian diri ni 😀 pic.twitter.com/mowWYMMxjs
— Aush (@aushabdul_) November 1, 2023
Bayangkan umur 35, anak dah 4 orang, bulu hidung sehelai dua dah ada uban, kaki dah ada gout, still kena pergi PLKN 😂
— 𝙛𝙖𝙡𝙞𝙦𝙛𝙖𝙝𝙢𝙞𝙚 🇵🇸 (@faIiqfahmie) November 1, 2023
Apa benda ni nak panggil pergi PLKN for people over 20?? Hello?? Dah start kerja kot. Govt nak bayar our salary ke? Nak bayar our commitments ke? Nak tolong jaga our kids ke? Siapa mangkuk kat govt yang pergi suggest this stupid thing? Otak tu ada tapi tak guna, baik buang je.
— junho (@alyaaoreo) November 1, 2023
Betul gak. Yg umur 30 keatas ni nak sembang apa malam2 sebelum tido dengan budak2 umur 16 kalau kat kem PLKN tu? Tak blend woi.
"Bro, pass kan ubat cholesterol tu jap"
Gitu ke?
— Lee Dong Ruq (@faruqmcgrath) November 1, 2023
Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga tertanya-tanya sama ada boleh diberikan pengecualian disebabkan beberapa faktor iaitu kesihatan, kerja dan sebagainya.
Ada juga netizen yang teruja terutama sekali mereka yang pernah terlibat dalam program ini dahulu dan mengatakan sanggup untuk pergi kali kedua.