Baru-baru ini para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) telah menamatkan latihan mereka yang bermula pada 7 September lalu.

Tular satu gambar hadiah diterima oleh jurulatih PLKN yang menyentuh hati.

Baca Juga:

Menerusi hantaran Facebook PLKN, pada hadiah tersebut terdapat sekeping nota dilekatkan oleh ibu bapa seorang pelatih.

Nota tersebut mengucapkan terima kasih menjadikan anak mereka seorang lelaki sejati.

“Kepada jurulatih Team Alpha, kami hantar seorang budak lelaki kepada kamu. Kamu pulangkan seorang lelaki sejati kepada kami.

“Terima kasih atas segala usaha dan pengorbanan para jurulatih Team Alpha,” kata ibu bapa Team Alpha PLKN 3.0 Siri 3/2025 itu.

'Kami Hantar Seorang Budak Lelaki, Kamu Pulangkan Seorang Lelaki Sejati' – Ibu Bapa Pelatih PLKN
Sumbe Gambar: Facebook Program Latihan Khidmat Negara

Terdahulu perbarisan tamat latihan diadakan secara serentak di dua kem hari ini menyaksikan 642 orang pelatih (340 lelaki dan 302 wanita) berjaya menamatkan latihan bermula 7 September lalu.

Perbarisan di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah membabitkan seramai 223 pelatih wanita

Manakala pelatih lelaki di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang.