Jenama Disney+ yang sebelum ini dikecam kerana menyokong Israel telah merekodkan kerugian sehingga $387 juta (RM1.8 bilion). Bagaimanapun, Disney+ masih merekodkan peningkatan dalam langganan penstriman daripada $146.7 juta kepada $150.2 juta.

Melalui perkongsian di laman X, “Disney kehilangan $387 juta dalam suku ke-4 Disney. Disney+ kini merekodkan 150.2 juta langganan penstriman, meningkat daripada 146.7 juta pada suku sebelumnya: Teras Disney+ pada 112.6 juta langganan dan Disney+ Hotstar pada 37.6 juta,” lapor Variety.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebahagian orang menyatakan bahawa kerugian ini mungkin disebabkan oleh pihak Disney secara terang-terangan telah menyokong kekejaman Israel ke atas Palestin.

Ini boleh dilihat apabila The New Arab melaporkan bahawa Disney telah menyalurkan bantuan sebanyak $2 juta ke badan kemanusian Israel ditengah-tengah lebih 10,000 rakyat Palestin dibunuh oleh Zionis.

Kenyataan ini sudah pastinya berang untuk diterima bagi pelanggan mereka yang beragama Islam yang melihat ketidakadilan dan sikap tidak manusiawi Israel ke atas Palestin.

Selain itu, pelanggan mula menutup akaun mereka selepas Disney+ mengumumkan bahawa mereka akan mengikut jejak langkah Netflix, di mana pengguna tidak lagi dibenarkan berkongsi kata laluan.

Walaupun tidak sekejam Netflix yang melarang perkongsian kata laluan, lalu menaikkan harga. Tindakan Disney+ ini sememang tidak dapat diterima ramai.

Selain itu, Disney+ juga kehilangan wang kerana keputusan mereka yang sering kali mengalih keluar kandungan yang didakwa sensitif atau tidak sesuai ditonton.

Tindakan ini walaupun dilihat lapuk, tetapi ia mencetuskan perdebatan mengenai kepentingan memelihari budaya dan sejarah.