Sudah menjadi kebiasaan buat kaum Cina sama ada dalam dan luar negara mempunyai dua nama iaitu nama sebenar mereka yang tertera dalam kad pengenalan dan juga nama panggilan yang sering kali merupakan nama Barat.

Malah, kebiasaan ini membuatkan orang ramai tidak lagi pelik apabila seseorang yang berbangsa Cina memperkenalkan diri dengan nama Barat. Bagi merungkai isu yang berlaku, seorang TikToker @lowsokying tampil menjelaskan mengapa individu Cina sering kali mempunyai dua nama yang berbeza.

Baca Juga:

Menurut pengalaman Low Sok Ying sendiri, beliau akui nama beliau sendiri sukar dipanggil atau tidak diingati ramai. Malah, terdapat individu yang gagal mengeja nama beliau dengan betul. Begitu juga dengan sebilangan besar nama Cina yang lain.

Hal ini membuatkan terdapat kaum Cina yang memilih untuk mempunyai nama Barat yang lebih ringkas serta mudah dipanggil oleh kaum lain. Selain itu, terdapat juga kaum Cina beragama Kristian yang sememangnya mempunyai nama Barat sebagai nama rasmi.

Perkongsian ringkas dan padat daripada Low Sok Ying ini sekaligus telah mendapat para netizen yang turut dapat mengaitkan apa yang diungkapkan dengan situasi yang dialami. Malah, terdapat netizen yang turut memperakui nama Barat lebih mudah diingati berbanding nama Cina.

https://twitter.com/rasia_err_r/status/1610427461732556800

Sementara itu, terdapat juga individu yang memaklumkan tidak menjadi masalah untuk belajar menyebut nama sebenar seseorang individu Cina berbanding memanggil mereka dengan nama Barat. Perkongsian yang dibuat telah meraih hampir sejuta tontonan tontonan sejak mulai dikongsikan pada 2 Januari lalu.