Seorang warga Malaysia yang bekerja di Korea Selatan, Fikri Akram telah menjamu rakan sekerjanya Kek Tapak Kuda yang diterbangkan khas dari sini.

Kek Tapak Kuda sememangnya menjadi salah satu comfort food yang cukup popular dan menjadi rebutan di Malaysia pada ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Fikri telah menempah beberapa kek tapak kuda dengan dua jenis perisa iaitu Nutella dan Matcha Crunchy melalui kakaknya.

Kemudian, seorang rakannya membawa makanan itu bersama semasa pergi ke Korea.

@fikriakram91

Tapak Kuda Nutella & Matcha Crunchy untuk my Korean officemate. Alhamdulillah, selamat dikongsikan dan makan bersama lebih afdhol. 😅 Thank you my sister @fademaakma belikan. Korang Dah makan belum? Orang korea makan dulu. Kah! 😜 #korealife #SouthKorea #koreanpeople #malaysian #tapakkuda #fyp #fypシ

♬ Kurik Kundi – Siti Nurhaliza

Dalam video dikongsikan Fikri, oleh kerana tidak sabar untuk merasa, rakan sekerjanya dirakam mencium untuk bau kesedapan kek tersebut.

Beliau turut menceritakan kepada rakan sekerja warga Korea, cabaran untuk mendapatkan kek tapak kuda tersebut, orang Malaysia perlu ‘battle‘ terlebih dahulu sebelum makanan itu sold out.

Ternyata rakan sekerja Fikri menikmati kek-kek tersebut walaupun itu kali pertama mereka makan.

Dalam video itu juga kelihatan mereka memakan kek sambil membancuh air kopi AliCafe.

Sumber Gambar: TikTok @fikriakram91
Sumber Gambar: TikTok @fikriakram91
Sumber Gambar: TikTok @fikriakram91

Menerusi komen-komen ditinggalkan netizen, ada juga berasa jealous kerana orang Malaysia sendiri tidak sempat merasa kek itu, tetapi orang Korea sudah merasai terlebih dahulu.

Pada masa sama ramai memuji Fikri kerana sentiasa berkongsi rezeki dengan rakan sekerja, serta memperkenalkan makanan dan budaya Malaysia ke Korea.

Terdahulu Fikri juga pernah menjamu rakan sekerjanya roti jala bersama kari ayam yang dibuat sendiri.

Anda boleh lihat reaksi mereka betul-betul menikmati makanan itu sambil menambah di sini.