Sejak awal tahun, nama Fatiya Latiff menjadi bualan ramai apabila dia mencetuskan pelbagai kontroversi dan berikutan tingkah lakunya yang nampak berbeza, ada pihak yang menuduhnya mengalami masalah mental.
Dalam satu temubual, Fatiya menegaskan bahawa perkara berkaitan kesihatan adalah sesuatu yang bersifat peribadi dan dia enggan berkongsi perihal tersebut kepada orang awam.
Baca Juga:
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
@xtra_my Ada pihak tertentu yang Fatiya dah saman secara diam… Fatiya kata, tunggu sahajalah surat saman tu. Errr nervous ek. Semoga baik-baik aje. 🌹 #xtratonton #xtramy #artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news #fathialatiff #fatiyalatiff
“Mengenai masalah kesihatan, saya tak nak kongsi. Ia adalah sesuatu yang peribadi. Kenapa saya nak kena kongsi dengan orang yang saya tidak kenal?
“Orang-orang ini semua suka nak keluarkan perkara yang sepatutnya menjadi sesuatu yang peribadi. Tak boleh, kerana benda itu boleh disaman tau.” ujar Fatiya.
Susulan itu, Fatiya mengatakan dia sudah mengeluarkan saman kepada beberapa pihak secara diam dan meminta mereka untuk menunggu sahaja surat saman berkenaan.