Pada awal Februari lalu tular satu berita kontroversi di mana  bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, dilaporkan ‘dibawa lari’ dari hospital (Hospital Normah, Kuching) pada waktu tengah malam oleh isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi.

Pihak hospital telah membuat laporan polis, mendakwa Taib Mahmud dibawa keluar tanpa kerelaan hospital dan doktor.

Baca Juga:

Selepas dua minggu, Toh Puan Raghad telah mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman Instagram beliau, memperjelaskan apa sebenarnya yang berlaku kepada Tun Taib Mahmud pada 4 Februari 2024 malam itu.

Toh Puan Raghad menjelaskan dakwaan dalam laporan itu terbukti palsu dan amat membimbangkan.

“Sebagai isteri dan penjaga Tun Taib, saya, YABhg Kepada Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib, meletakkan kesihatan dan kesejahteraan suami saya sebagai keutamaan dan tidak akan sekali-kali mengambil tindakan yang boleh menjejaskan kesembuhannya,” kata beliau.

Kenyataan di bawah bagi menyangkal laporan terbaru ini dan bertujuan untuk menjelaskan perkara berikut:

1. Tun Taib Tidak ‘Dibawa Lari’ Dari Hospital Norma

Berikutan doktor yang bertanggungjawab, Dr. Tan Sian Kong memberi kelulusan untuk discaj pada 3hb Februari 2024. Toh Puan Raghad memaklumkan kepada beliau tentang temu janji berjadual antara Tun Taib dengan Dr. Rosli di Hospital CVS Kuala Lumpur.

Dr. Tan meluluskan pelepasannya dan menganggapnya kesihatannya (Tun Taib) baik untuk perjalanan tersebut. Surat rujukan Dr. Tan kepada CVS Kuala Lumpur Hospital mengesahkan lagi kesahihan pelepasan dari hospital tersebut (Hospital Normah).

2. Keputusan Bawa Pulang Tun Taib Adalah Persetujuan Termaklum Dan Haknya Pilih Rawatan Terbaik

Semua dokumen pelepasan yang diperlukan mengikut prosedur hospital telah ditandatangani dan semua kakitangan hospital yang berkaitan mengetahui tentang pelepasan itu.

Dalam keselesaan di rumahnya sendiri, beliau mempunyai sokongan perubatan 24 jam (termasuk jururawat kakitangan dan lawatan doktor berjadual), peralatan yang diperlukan, dan ubat-ubatan untuk penjagaan dan pemulihan sementara menunggu kemasukan ke Hospital CVS Kuala Lumpur di bawah jagaan Dr. Rosli.

3. Nafi Keluarkan Alatan Perubatan Secara Sukarela Tanpa Maklumkan Kakitangan Bertugas

Permintaan untuk bantuan untuk mengeluarkan alatan perubatan tidak diendahkan oleh kakitangan hospital walaupun berulang kali meminta bantuan.

Rawatan yang tidak baik dan nasihat perubatan yang tidak konsisten adalah isu serius yang perlu diteliti dan disiasat oleh pihak hospital.

Toh Puan Raghad menjelaskan dakwaan yang dibuat dan tular telah menjejaskan kehidupan sehariannya.

“Tuduhan palsu telah menyebabkan tekanan dan kekeliruan yang tidak perlu. Saya telah memfailkan laporan polis untuk menyangkal dakwaan tidak berasas ini dan melindungi privasi dan hak Tun Taib untuk memilih rawatan perubatannya.

“Kami bersedia sepenuhnya untuk bekerjasama dengan polis dalam sebarang siasatan dan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Hospital Norma jika perlu,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Toh Puan Raghad meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan tuduhan dan dakwaan yang mengelirukan.

“Saya menggesa orang ramai untuk tidak mengendahkan laporan yang mengelirukan dan menghormati hak privasi Tun Taib dan keputusan perubatan termaklum.

“Keluarga saya akan tetap teguh dan bersatu dalam masa yang sukar ini.

“Kami memohon doa orang ramai untuk kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Tun Taib,” jelas Toh Puan Raghad.

Sumber