Shuib Sepahtu benar benar terkilan apabila ada individu menuduh dia adalah manusia yang sanggup menunggang apa sahaja isu demi publisiti termasuk menunggang tentang isterinya yang meninggal dunia – arwah Siti Sarah.
Shuib akui dia terkejut melihat komen daripada seorang netizen. Dan menyatakan tidak salah kalau dia membuat hantaran di media sosial tentang arwah isterinya.
Dan adakah satu kesalahan untuk dia bercakap tentang arwah isterinya?
Seorang netizen wanita telah melemparkan kata kata yang dianggap keterlaluan. Dengan berkata: “Soib kot. Bini meninggal pon dia tunggang. Apatah lagi bekas banduan kerat 8.”
Shuib berkata dalam hantarannya: Pagi-pagi ini mata jadi cerah bila nampak posting macam ni.
“Jom kita bincangkan sama-sama, apa maksud awak @thenadea?
“Kalau saya posting tentang arwah isteri saya itu dikira menunggang arwah isteri saya pada pandangan awak, maaf nak tanya, saya memang tak boleh bercakap langsung tentang arwah isteri saya ke?
“Apabila saya bercakap pasal isteri itu dikira ‘menunggang’ arwah isteri saya ke? Jawap soalan saya @thenadea.”
Wanita itu kemudian maaf daripada Shuib. Dia juga menyatakan dia sudah memadamkan hantaran jeliknya itu.
Shuib menyatakan: “InsyaAllah, jumpa di mahkamah ya.”