Pada Ahad lalu, jenama fesyen terkemuka dari Sepanyol, Zara telah menerima kecaman teruk selepas memuat naik kempen terbaharu mereka yang didakwa menggambarkan insiden genosid yang sedang berlaku di Gaza, Palestin.

Melalui siri gambar kempen tersebut, ia memperlihatkan modelnya mengusung patung yang berbalut kain putih dan turut berdiri dalam kotak kayu. Rata-rata peminat Zara berkata jenama itu tidak sensitif dengan isu peperangan yang berlaku di Gaza.

Baca Juga:

Zara
Zara

Setelah menerima kritikan ramai, Zara dilaporkan menghapuskan gambar tersebut, meskipun gambar-gambar lain dari kempen tersebut masih kekal di laman sosial rasmi.

Terbaharu, pihak mereka telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu terbabit dan sekaligus memberi penjelasan dengan lebih terperinci untuk pemahaman pelanggannya.

“Selepas mendengar komen mengenai kempen terkini Zara Atelier “The Jacket”, kami ingin berkongsi perkara berikut dengan pelanggan kami.

“Kempen yang dirancang pada bulan Julai dan dirakam pada bulan September lalu mempersembahkan siri gambar patung yang belum siap di sebuah studio pematung, dan dicipta dengan tujuan tunggal untuk mempamerkan pakaian yang dibuat dengan seni.

“Malangnya, sesetengah pelanggan merasa terganggu dengan gambar-gambar tersebut, yang kini telah dikeluarkan, dan melihat sesuatu yang jauh daripada niat asal semasa pembuatannya.

“Zara menyesali kekeliruan tersebut dan kami ingin menjelaskan sekali lagi bahawa kami amat menghormati setiap pelanggan kami,” jelas pihak mereka menerusi perkongsian di laman Instagram sebentar tadi.

Namun, majoriti pelanggan jelas kelihatan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan kerana didakwa tidak ikhlas dan cuba menyalahkan orang lain pula.

“Tiada permintaan maaf yang ikhlas di sini,” komen salah seorang warganet.

“Apakah ini? Ini  bukanlah permohonan maaf dan tidak menunjukkan sebarang penyesalan sama sekali. Anda hanya berfikir ‘oh ada pelanggan salah faham dengan kempen’..??? TAK BOLEH. Jadi, selamat tinggal ZARA,” luah pengguna lain dengan nada marah.

“Terima kasih menunjukkan wajah sebenar anda Zara,” komen sinis daripada seorang pengguna internet.

“Adakah anda (ZARA) fikir kami percaya dengan kenyatan tersebut..Berhenti berbohong kerana kami tidak akan membeli lagi di Zara dan anda bakal kehilangan semua pelanggan di Arab,” respons seorang pelanggan yang mahu memboikot jenama terkemuka tersebut.

@sabbia5800

No more #zara • • • #zara #zaraviralcoat #capecoat #zaracampaign

♬ original sound – Hayee hayati

@reyad.belkacem

#boycottzara

♬ son original – REYAD BELKACEM 🇩🇿

Perkara ini dikuatkan lagi apabila timbul sejumlah video di negara Arab yang memperlihatkan para pelanggan mula memulangkan semula pakaian yang dibeli serta membuat protes di hadapan butik mereka demi memberi kesedaran kepada orang lain.

Sumber